Tuesday, September 22, 2009

SMS Raya..

Alhamdulillah..dah masuk 4 syawal hari ini. Saya mula bertugas seperti biasa..menerus dan memterjermahkan amanah Allah SWT..Sempena Lebaran yang penuh ceria ini maaf dipinta kepada sahabat2 yang xputus menghantar ucapan hari raya..Bagi meraikan sahabat-shabat yang tercinta...sy balas sms saudari di blog ini..harap tidak menghampakan..

From +6019473****
Lisan Kadang tak terjaga
Janji Kadang Terabaikan
Hati Kadang Berprasangka
Sikap Kadang Menyakitkan
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
Moga Tarbiah Ramadhan pencetus kepada semua kebaikan
Syawal akan menjelang,

Mohon Maaf Zahir dan Batin.
iklhas bdk comel(^_^)

reply : salam aidilfirti dan maaf zahir batin..terima kasih atas ucapan.Moga pershabatan ini membuahkan pahala yang berpanjangan..Belajar rajin2..Sya doakan kesejahteran dan keselamatan seadanya..Ameen

From:+6019572****
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
HaLaLkan TrMaKan n Minum.
Drp:Roslan n Family

reply : Saya juga,banyak juga salah saya pd en.lan..termakan,terminum,ter'pau' belanja,dan semua yang 'ter2' tu..Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

From +6012658****
Lisan Kadang tak terjaga
Janji Kadang Terabaikan
Hati Kadang Berprasangka
Sikap Kadang Menyakitkan
Harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita.
Moga Tarbiah Ramadhan pencetus kepada semua kebaikan
Syawal akan menjelang,

Mohon Maaf Zahir dan Batin.
(asraf)

reply: ..asraf yang mane yea ni..?maaf,no xsave..apepun Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

From +6019440****
'Msg JAWI'
Dari Zubai & Keluarga.

reply: Terima kasih en zubai..msg jawinya enggak nampak..Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..xnak kongsi bonus raya ke?huhuhu..

From 6013350****
salam aidilfitri Maaf Zahir dan batin, Semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Drpd : Insp. Ahmad Suhaili/Maizatul Aiza/Ahmad Darwish

reply: Terima kasih..Salam Aidilfitri Maaf Zahir n Batin buat keluarga tuan semua.

From +6013449****
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Ashman dan Keluarga
Semoga diberkati,dirahmati serta keampunan dari Allah SWT

reply: Insyallah..semoga doa dan pengharapan mendapat perkenaan Allah Taala.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

From +6013418****
PANTUN RAYA EDISI TAMIL
Kadel Minedi Wange
Wuen Rendek Macha Wange
Amma Apak Aidilfitri
Partigal, Dey Tambi
Happy Aidilfitri Amak..heheh.!

reply: sape yea..ni?walaupun xberapa paham..sy ucap terima kasih kerana ucapan Sdr/Sdri tu..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin.

From +6012842****
Asal Raya je,teringat kawan2.
Mn la tahu ade silap.
Maaf ek?
slMt Hari Raya Aidilfirti,maaf Zahir Batin

reply: terima kasih atas ingatan saudara/saudari..Selamat Hari Raya Aidlfitri..
Tapi ni sape yea..xsave no laa..

Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Syawal 1430


Saya mewakili ABIMPerak ingin mengambil kesempatan bersempena kedatangan 1 Syawal 1430 ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Mudah-mudahan Ramadhan al- Mubarak yang baru sahaja meninggalkan kita berjaya menyuntikkan bekalan rohani dan jasmani jangka panjang demi meningkatkan kualiti diri kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.

Hari raya bakal menjelma, ramadhan kan pergi meninggalkan kita. Entah masih berpeluang menemuinya atau tidak, itu urusan Allah SWT. Harapan yang menggunung ini, kita gandingkan dengan doa. Agar bertemu kembali bulan yang mulia.AMIN.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulan yang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam dan mempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagi meninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulan tarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin (as Saff : 9)

Kesempurnaan dicari bukan kemudahan atau perselisihan. Atas dasar ini, mencontohi Muhammad saw, sudah pasti dapat merealisasikan impian kesempurnaan yang dicita. Kerana Baginda adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau dahulu kita jadikan manusia selain baginda yang serba kekurangan sebagai idola, apa saja, kini kita kebarkan bendara sunnah Rasullullah SAW yang kian malap dek zaman fitnah. Jadikan matlamat ini sebagai satu contoh yang terbaik buat manusia sejagat.


Pelbagai ragam dan gelagat manusia menyambut ramadhan begitu juga menyambut syawal.
Semoga dengan terdirinya syawal membuahkan ganjaran yang tidak terhingga pada kita ummat Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkan semangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikan apa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkah dinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallah akan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukan persaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkan agama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Yang Menerima Amanah
.........................................
Ramdani Abd Karim,
Pengarah Program Sekampit Beras Negeri Perak
Exco Penyelidikan dan Pembangunan ABIM Negeri Perak
Pen.Setiausaha ABIM Perak Tengah
Exco Majlis Belia Daerah Perak Tengah
Exco Majlis Perundingan Belia Negeri Perak

Tutup laman web waktu solat

Tutup laman web waktu solat
Akhbar online Arab Saudi henti operasi 20 minit selama lima kali sehariJEDDAH: Sebuah akhbar online tempatan di wilayah Hail mengambil langkah menutup laman webnya selama 20 minit setiap kali tiba waktu solat lima waktu.


Sekiranya pelawat memasuki laman Aen Hail ketika waktu solat, mereka akan menemui mesej 'Tutup bagi solat' dalam bahasa Arab selain kiraan waktu tamatnya masa rehat untuk solat di bahagian bawah laman. Penutupan sementara itu yang bermula bulan ini adalah dilakukan secara automatik dan dikaitkan dengan waktu solat tempatan, kata pengarang online laman itu, Majid Al-Mismar. "Laman ini dibina dengan integrasi pada satu perisian yang menggantikan laman indeks dengan lain," katanya.

"Kami percaya solat perlu diutamakan. Akhbar elektronik akan tutup ketika waktu solat dan ia kembali semula selepas solat berakhir." Kebanyakan komen online memuji langkah diambil laman web itu menandakan sokongan mereka kepada sistem yang sama di seluruh negara di mana kebanyakan aktiviti komersial dihentikan sementara waktu ketika solat.

Profesor di Institut Kehakiman Tinggi Universiti Islam Muhammad ibn Saud dan juga ahli Akademi Fikah Islam Antarabangsa, Mohammed Al-Nojaimi, menyifatkan keputusan akhbar itu sebagai amat mulia. "Ia menggalakkan tabiat individu untuk bersolat pada waktunya," katanya.

Pendapat lain menyifatkan langkah itu sebagai hanya dari segi lahiriah. "Anda hanya memfokuskan kepada penampilan dan persembahan berbanding prinsip sebenar agama," kata satu komen yang dihantar kepada laman itu.

"Bagaimana jika orang yang mahu melayari laman ini seorang bukan Islam?" tanya penulis kolum akhbar Al-AWatan, Amal Zahid dalam satu ruangan lidah pengarah yang disiarkan Jumaat lalu yang menyifatkan penutupan sementara ketika waktu solat tidak akan menggalakkan orang ramai untuk bersolat.

"Bersolat adalah satu perbuatan agama yang mengaitkan manusia dengan Tuhan sepanjang hari. Menggalakkan orang bersolat pada masanya tidak akan dicapai hanya dengan menutup laman web. - Agensi

Monday, September 14, 2009

Habib Ali Al-Jufri

"Kita mulia kerana TAQWA bukan kerana kekayaan,
keagungan pangkat, kecantikan dan lain-lain"
-Habib Ali Al-Jufri-
"Tahajjud memberi isyarat kemenangan perjuangan Islam"
-Solihuddin Al-Ayubi-
Kami rela KALAH kerana melaksanakan ISLAM,
kita RELA ditolak rakyat kerana melaksanakan Suruhan ALLAH, Apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha ALLAH.

Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-TantawiFirman Allah swt :

Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-TantawiFirman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah saw :[1]
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim ) Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”
Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”
( Riwayat Imam Bukhari . )
Rasulullah saw.

Melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )
Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .
“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”
( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

Semalam Lailatur Qadar?

10 malam terakhir.

Yang seronoknya 10 malam terakhir dalam Ramadhan adalah, kewujudan lailatul qadr. Malam yang Allah SWT sendiri isytiharkan bahawa, ianya lebih baik dari 1000 bulan.

"Sesungguhnya Kami menurunkannya di dalam malam Al-Qadr, dan adakah kau tahu apa itu Malam Al-Qadr? Malam Al-Qadr itu lebih baik dari sebulan bulan. Pada malam itu turunlah para malaikat, dan Ruh(Jibril) dengan izin Tuhan mereka untuk segala urusan. Sejahteralah malam itu sehingga terbitnya fajar" ayat 1-5.

Ramai orang mencari-cari malam Al-Qadr ini. Nak ibadahnya dikira macam dia beribadah lebih dari 1000 bulan katanya. Maka macam-macamlah caranya orang berusaha mendapatkan malam ini.

Ada yang pada 10 malam terakhir ini, dia bersungguh-sungguh buat ibadah tanpa henti, mengisi waktunya dengan sebenar-benar pengisian. Tak kurang juga yang hanya pilih malam ganjil sahaja, malam genap dia tak sungguh-sungguh. Ada pula yang hebat dalam kira-kira, membuat pengiraan matriks, menjangka bila datangnya Malam Al-Qadr untuk tahun ini dan tahun mendatang.

Macam-macam. Mungkin kita ini sebahagian dari yang banyak-banyak berusaha itu.

Jadi, sekarang dah tiga malam berlalu. Anda dah jumpa Lailatul Qadr?

Apa perasaan anda, kalau saya kata:"Lailatul Qadr itu malam tadi"?"Ish, mana ada. Takkan malam tadi""ha'ah la, tak ada pun tanda-tandanya"

Mungkin sebahagian orang akan menyangkal kata-kata saya itu.Tapi saya yakin ada pula sebahagian orang yang akan berkata:"Betul la. Semalam memang lailatul qadar.

Aku dapat rasa""Ha'ah la, aku dapat tengok tanda-tandanya. Tandanya itu… ini…"Baik, sekarang tahukah anda, kenapa ada orang menyangkal, dan kenapa ada orang menyokong?

Sebenarnya, yang menyangkal adalah mereka yang tidak bangkit, tidak beribadah sungguh-sungguh malam tadi. Bagi yang terbangkit pula, mereka akan kata malam itulah lailatul qadr. Sebab ada kemungkinan, hari lain mereka tak bangkit. Jadi hari yang terbangkit, itulah lailatul qadr. Hari yang tak bangkit, itu bukan lailatul qadr.

Sebab itu ada canda berbunyi:"Orang arab, mereka set tarikh Lailatul Qadr pada 27hb Ramadhan. Tapi kalau orang melayu, Lailatul Qadrnya bila mereka terbangun, dapat buat qiamullail dalam 10 hari terakhir"

Saya tak tahu pun semalam itu lailatul qadr atau tak.Tapi apa perasaan anda, kalau benar semalam adalah lailatul qadr?Mesti ada sedikit selitan rasa kecewa dalam jiwa bukan?"Ish, kenapa la aku tak tidur awal semalam?"

"La, kenapa la aku lalai sangat buat kuih sampai tak buat apa-apa ibadah semalam?"

"Aiseh, shopping sampai lupa dunia, terlepas lailatul qadr""Aku tidur dari lepas buka, sampai nak subuh. Lailatul qadr rupanya

"Macam-macam mungkin akan terlintas dalam hati kita yang terlepas lailatul qadr kan?

Sebenarnya, lailatul qadr bukan perlu kita tunggu-tunggu dia. Bukanlah sepatutnya kita, menunggu, mencari-cari tandanya, baru hendak bergerak beribadah. Kalau begitu, yang kita sembah adalah lailatul qadr, bukan Allah SWT.

Ada hikmah, kenapa Allah tidak bagitahu secara jelas, bila malam yang mulia, penuh barakah ini. Sama seperti sebabnya kenapa Allah tidak bagitahu bila kita mati.

"…Untuk melihat, siapakah antara kamu yang terbaik amalannya…"
Surah Al-Mulk ayat 2.

Agak-agak, adakah gandaan pahala, gandaan amal yang lebih baik dari 1000 bulan itu, Allah akan bagi pada kita, dalam keadaan kita ini lalai kepada-Nya? Dalam keadaan kita ini jauh daripada-Nya? Dalam keadaan kita ini tidak bersungguh-sungguh langsung mendekati-Nya?

Ada orang kata, lailatul qadr ini luck sahaja. Dapat dapat lah. Tak dapat, tak dapat lah.Itu satu pendapat yang salah saya rasa.

Lailatul Qadr, adalah salah satu dari rezeki-rezeki Allah SWT kepada hamba-Nya yang terpilih. Terpilih di sini, bukan nasib baik. Tetapi terpilih kerana kesungguhnnya, terpilih kerana mungkin ada amalnya yang terangkat di sisi Allah, terpilih kerana dia memang meminta kepada Allah SWT.

Siapakah antara anda yang berdoa: "Ya Allah, berikanlah aku rezeki dapat beribadah pada malam lailatul qadr?

"Biasanya, orang melayu akan kata: "Harapnya, kita dapat berjumpa malam lailatul qadr pada Ramadhan kali ini"

Sekadar berjumpa, memang semua kita akan berjumpa dengan lailatul qadr. InsyaAllah tak akan miss, melainkan kita tidur dari lepas asar sampai pukul 7.00 pagi esoknya, setiap hari, pada 10 malam terakhir.

Tapi masalahnya, siapa yang diizinkan Allah, dipilih oleh Allah SWT untuk beribadah, memohon apa yang ingin dipohon, pada malam yang mulia ini?

Inilah ruginya orang yang tidak bersungguh-sungguh sedari awal Ramadhan. Yang dia tahu, menunggu 10 malam terakhir. Tapi bila tiba 10 malam terakhir, dia tetap tidak mampu bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana dia telah lemah selama 20 hari. Mustahil orang yang tidak pernah berjogging langsung, boleh masuk pertandingan maraton 50KM.

"Ala, kalau sungguh-sungguh daripada awal, tapi mungkin nanti malam lailatul qadr tu tertidur ke, kan sia-sia juga"

Mungkin sebahagian kita bagi alasan begitu pula.

Tak mengapa. Terlepas pun tak mengapa kalau kita dah sungguh-sungguh dari awal. Pada saya, orang yang bersungguh-sungguh dari awal, dia nampak kenapa dia beribadah, kenapa dia bersungguh-sungguh. Dia menyembah Allah, mengharap redha Allah. Bukannya dia menyembah lailatul qadr, mengharap redha malam itu kepadanya.

Dan jangan kita pandang enteng rahmat Allah SWT kepada orang yang berusaha mendekati-Nya dengan bersungguh-sungguh. Saya tak pernah rasa, bahawa Allah SWT akan mesia-siakan hamba-hamba- Nya yang bersungguh-sungguh itu. Orang yang bersungguh-sungguh ini, pastinya Allah akan berikan yang terbaik untuk-Nya.

Kalau tak dapat lailatul qadr, tapi dapat redha Allah, dapat pengampunan Allah, bukankah itu sudah dikira kemenangan?

Kalau dapat lailatul qadr, tapi kemudian tetap jadi manusia ingkar, tak ikut peraturan yang Allah tetapkan, maka apakah yang besarnya? Pahala lebih dari 1000 bulan itu, kemungkinan akan susut dengan sikap suka mengumpat, dengan dosa-dosa, dengan menganiaya orang lain dan sebagainya. Dapat lailatul qadr, lepas tak bangun dah qiam pada malam-malam lain. Adakah itu kemenangan?

Sedangkan, kita semua faham bahawa bukanlah lailatul qadr itu yang memberikan pahala. Allah jugalah yang memberikan pahala kepada kita.

Kita masih ada 7 hari lagi, ada 6 malam lagi. Masih sempat perbaiki niat, perbaiki matlamat untuk kita raih redha dan pengampunan Allah SWT dalam ramadhan ini. Mungkin kita terlepas lailatul qadr pada malam 21 atau 23. Tapi pengampunan dan redha Allah itu masih terbuka.

Mari kita bersungguh-sungguh, mendekati-Nya, meminta agar Dia membenarkan kita menjadi hamba-Nya yang terbaik!

Sunday, September 6, 2009

Bagaimana mana keadaaan kita berbanding mereka??

ketika kita membuka puasa, melihat dan memikirkan juadah untuk berbuka, kita lupa, sesungguhnya ada saudara islam yg lain dari kita ......

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh.""Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan.""Mana abang-abang kamu pergi?""Tolong emak menoreh.""Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".



*bagaimana mana keadaaan kita berbanding mereka??

Pertahan Malaysia Perlu Ikhlas Ikut Perlembagaan

Negara kita Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 dalam suasana sederhana tetapi patriotik pada 31 Ogos lalu. Di dalam banyak pengucapan pemimpin negara sempena tahun kemerdekaan ini, tuntutan semua rakyat Malaysia bersama-sama membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni, ditekankan menerusi kerangka gagasan 1Malaysia.Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) selaku sebuah pertubuhan yang mewakili golongan belia Islam di negara ini ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia menyahut seruan ini.

Masyarakat boleh menyumbang dalam usaha pembentukan negara Malaysia bersatu padu menerusi beberapa langkah.Pertama ialah dengan memahami dan menghayati kembali sejarah pembentukan negara ini. Hal ini menuntut masyarakat Malaysia meningkatkan bacaan dan kajian terhadap susur galur perjuangan menuntut kemerdekaan menerusi perspektif yang menyeluruh. Menerusi pembacaan dan pengkajian ini, masyarakat Malaysia tentu akan terdedah dengan latar kehidupan negara sebelum kemerdekaan, memahami liku-liku dalam proses mencapai kemerdekaan, mengenali tokoh pejuang kemerdekaan dari segenap kumpulan masyarakat dan kaum serta memahami asas permuafakatan antara kaum di negara ini.

Langkah kedua ialah mempertingkatkan hubungan dan pergaulan antara kaum. Seperti kita ketahui, masyarakat kita tergolong kepada beberapa kelompok kaum seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian masyarakat Malaysia ini perlu dijalin secara kukuh dan berterusan. Peningkatan hubungan dan pergaulan menerusi pelbagai cara yang sesuai dan wajar antara pelbagai kaum boleh menghilangkan jurang dan tembok pemisah yang banyak disaluti oleh kepentingan kelompok. Di samping kita terus mengekalkan identiti kelompok yang kita warisi, masyarakat Malaysia hendaklah bersatu atas semangat kenegaraan sebagai 'Anak Malaysia'. Langkah ketiga ialah menerusi peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Abim ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan sama ada daripada aspek kefahaman atau pertuturan.Bahasa Melayu ialah bahasa penghubung antara kita semua.

Sekiranya masyarakat Malaysia tidak berkongsi satu bahasa penghantaran yang sama, kita semua tidak akan dapat berkongsi perasaan kecintaan kepada negara dan tidak mungkin dapat menghayati cita-cita perjuangan sama sebagai anak Malaysia. Bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Abim ingin menyeru semua pihak supaya terus gigih dan ikhlas dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Ini dapat diterjemahkan sekiranya semua pihak menghormati Rukun Negara dan prinsip keadilan dan kehormatan insan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

MUHAMAD RAZAK IDRIS,
Presiden Abim.
sumber di petik : http://www.bharian.com.my

Sekitar Iftar Jama'ie...

Sekitar Iftar Jama'ie...



Chemor : Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) negeri Perak telah mengadakan Program Iftar Jama’Ie dan penyerahan beras kepada ibu tunggal dan fakir miskin didaerah Kinta. Program ini bertempat disekolah SERI Al-Ummah Chepor. Program yang dihadiri oleh Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Tuan Hj Suhaimi Latip dan Pengerusi Wadah Pencergasan Ummah(WADAH) Ustaz Yaakob b Din



Ustaz Khairil Amri selaku pengarah program menjelaskan bahawa, program ini dibuat adalah untuk mengukuhkan silaturahim dikalangan ahli ABIM dan selain memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan fakir miskin daerah Kinta dalam bentuk bekalan beras. Pada majlis ini kami memberi sebanyak 45 kampit beras berserta keperluan lain seperti tepung dan minyak kepada 45 ibu tunggal dan fakir miskin yang turut serta hadir dalam program berkenaan. Sumbangan beras ini diperolehi daripada sumbangan individu dan syarikat-syarikat korporat sekitar negeri Perak.Menurutnya lagi melalui program ini kita mahu membela nasib rakyat tanpa mengkira fahaman politik bangsa dan agama. Program seperti ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan didaerah Kuala Kangsar dan seterusnya ke daerah-daerah sekitar Perak yang lain. Sehubungan dengan itu kita mengharapkan lebih ramai penderma tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan lagi program-program selepas ini.

Ucapan ringkas YDP ABIM Perak pula mengingatkan bahwa nilai sumbangan adalah tidak penting tetapi yang lebih bernilai adalah apa yang disumbangkan. Angkatan Belia Islam Malaysia berhasrat meneruskan program ini pada masa hadapan bagi membolehkan golongan ibu tunggal dan fakir miskin menikmati suasana ramadhan yang lebih bermakna seperti masyarakat Islam yang lain.

Beliau seterusnya memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tampil memberi sumbangan dalam bentuk wangringgit dan beras serta yakin ia akan memberi manafaat kepada ibu tunggal dan fakir miskin di negeri Perak.
Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini diserikan dengan takzirah dan bacaan tahlil sementara menunggu tibanya waktu berbuka.

Thursday, September 3, 2009

At-Thalaq ayat 3.


"assalmmualaikum..en.ramdani, sy nak maklumkan untuk penerima sumbangan ramadhan ini ada lebih kurang 30 orang..datang dari sekitar ipoh"..

"Wa,alaikumsalam wbrt...ermm..30 orang?macam ni puan..sy kena bicang dgn pengarah program untuk urus agihan...nanti sy telepon puan balik"


Subahanallah...sy menghela nafas melegakan perassan.

"Program ini esok..overbugdet ni!!"...Ya Allah permudahkan urusan ku untuk umatMU..
kurniakan aku jalan peryelesaian demi kebaikan semua.."30 orang + 20 orang = 50 orang..jemputan 80 orang jea..itu tak masuk cikgu2 agensi .Lebih kurang pun 60 orang...(ve-)40 orang.. klu yang datang tu bawak anak2..letih dibuatnya.."


Pening dibuatnya,,,Buat Program Masyarakat mcm ni sentiasa bermain dengan risiko..

"Insyaallah..boleh handle lagi ni..." membisik dalam hati..cuma bina keyakinan mandiri.Seingat saya,permainan risiko ini bukan sekali dua.Tahun 2006 saya pernah hadapi situasi serupa.Boleh jea handle..Insyallah,Allah memberi kekuatan pada umat yang sentiasa guna formula alQuran Kalamullah...

"Assalammualaikum ustaz ambri..ada penambahan peserta penerima esok nii..macamane?Ada 30 orang lain akan datang ke majlis kita tu.."

"Walaikumsalam..errmm..berapa sheikh?30 orang...ermm..ana rasa kita dah overbudget nii...enta bincang balik dengan HELWA..kot2 boleh kita buat masjlis lain untuk diorang tuu.."

Penuh kerisauan..

"Insyaallah..ana cuma terang pada pihak HELWA nnt.."

Aduhh....dah agak dah.OverBugdet punye kes nii..Sekarang ni,tanggungjawab saya menerima 30 orang itu atau tidak.Saya bertanya pendapat kawan2 seangkatan.Masing2 memberi semangat untuk saya teruskan juga program itu dengan risiko overbugdet.."jangan risau sheikh..Allah sentiasa bersama orang2 yang bertawakal ke jlnNya.."tak kan enta x belajar sejarah rasullullah?Enta terima aje cadangan HELWA itu...Allah akan bantu enta..." Jangan pening sheikh..Teruskan perjuangan enta"

Sementelah itu,sya kembali ke meja komputer..mana tahu ade email baru yang masuk..BETUL!! ada emel dari sorang HAMBA ALLAH..

Ringkas dan penuh kata2 semangat..

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu...(Surah At-Thalaq=3)


Sah..aku terima dengan penuh ketawakalan kepada ALLAH Swt..Harap dipermudahkan untuk PROGRAM IFTAR JAMAIE DAN SEKAMPIT BERAS PERINGKAT NEGERI...








Wednesday, September 2, 2009

Pohon doa husnul khatimah

Senja usia melamar diri
Biarpun masih muda
Namun bukan jaminan
Untuk tidak kembali padaNya

Lautan yang tenang bisa ombak mengganas
Inikan pula manusia kerdil
Yang begitu rakus meratah dunia
Ada apa dengan dunia?
Sehingga kita terpana
Dengan sedikitnya nikmat Tuhan
Kelalaian menerjah
Tatkala gagah menguasai diri

Sukar sekali melawan nafsu
Apa nasibku Tuhan,

Tika aku dipanggilMu pulang
Membawa bekalan apa
Setelah Engkau memberiku kehidupan

Gembirakah aku dijemputMu
Atau kehidupanku menjadi ngeri di sana
Erat genggaman azam
Untuk memperbaiki diri

Namun
khuatirApakah nasib di penghujung
Sedang Hidayah milik Tuhan
Bisikkan pada hati
Milik Tuhan kini selamanya
Jangan sombong sujud menyembah
Pohon doa husnul khatimah

IFTAR JAMA’IE ANGKATAN BELIA ISLAM (ABIM)

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
ABIM NEGERI PERAK DARUL RIDZUANMUSLIM YOUTH MOVEMENT OF MALAYSIA

Seketariat ABIM Negeri Perak lot 27779, Jalan Jelapang, 31200 Chemor Perak Darul Ridzuan No Tel /Faks 05-2012946

Kepada,
YDP Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)Perak
YDP Wadah Pencergasan Ummah(Wadah)Perak
YDP Kesatuan Pelajar Islam Perak(KPIP)
Guru-Guru SERI Al-Ummah
Guru-Guru MAAHAD Al-Ummah

JEMPUTAN KE IFTAR JAMA’IE ANGKATAN BELIA ISLAM (ABIM) NEGERI PERAK
Berhubung dengan perkara diatas saya ingin memaklumkan Iftar Jama’ie ABIM negeri Perak akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 5 SEPTEMBER 2009
Hari : Sabtu
Masa : 4.30 – 8.00 malam
Tempat : SERI AL-UMMAH
2. Yang berbahagia Dato’ Seri/ Dato/Tuan/Puan adalah dengan hormatnya dijemput dan dipersilakan hadir ke majlis tersebut. Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis untuk rujukan pihak tuan.

3. Kerjasama dan kehadiran Tuan/Puan ke majlis ini akan memeriahkan lagi majlis Iftar Jama’ie ABIM negeri Perak pada tahun ini.



SEKIAN TERIMA KASIH.
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates