Saturday, January 31, 2009


Wednesday, January 28, 2009

Terkini dari Palestine

 January 28, 2009



An Old man drinks directly from a key water pump in one of the Gaza streets.
People in Gaza do face big problem to obtain fresh drinking water. Israeli army don't allow spare parts and materials used for water in Gaza.

Parents hope UNRWA psycho-social support will help kids "grow for a better future for their country"

Gaza - Ma'an - After three weeks of war and a week of shocked recovery, eight-year-old Aseel Abu Etaweh found it strange to wake up to her mother calling her out of bed for another day of school.

For the first three weeks of the New Year, Aseel had been woken up by explosions. 

Being the eldest, Aseel usually takes on the responsibility of getting up first so she can help her little brother Samer get out of bed. These days her coaxing words tell him to get up, because everything is going to be all right.

“Kids now find it hard to go back to the old routine,” said psychiatry consultant in Gaza Dr Rawya Al Borno. She explained that there have been “countless damages” from the war on Gaza, but noted that the longest lasting are “the psychological damages that occur in kids, how they suffer … losing the feeling of safety, sticking close to their parents, losing the ability to sleep, to focus, and to eat.” 

There are many children, she said, that have more “severe reactions, like uncontrolled urination.” 

Children that lost the most are also faced with the greatest amount of psychological distress in the long run, Al-Burno added. 

As school started again and life returned to a somewhat normal pattern, UNRWA schools prepared for the psychological trauma that would return to classrooms with the children. 

With this in mind, UNRWA schools devoted the first days back to helping students get past what happened. The support program is designed to engage the students in several activities that help them release the fears. 

Aseel, for example, was asked to write a letter to all the kids around the world. She wrote,

“My name is Aseel and I am 8 years old, I have the right to live, study and play, the Israeli’s took all of that away from me.”

She said writing the letter helped her let out her feelings. She said she wrote the letter to a child her age but who did not have to live through the war in Gaza. Aseel then looked up and asked “why do other children enjoy their life, and we don’t?”

Other teachers asked students to draw their feelings or experiences, have small discussions with classmates where they shared what happened to them during the war. Small drama classes were organized where students acted out feelings and frustrations or reenacting situations that made them frightened and talking about them. 

Even normal play in the school grounds was a chance for students to let out their feelings, and help them regain a sense of safety and normalcy. 

Dr Al-Borno said the fastest way to deal with post-traumatic stress of this degree in children is by using Psycho-drama. The method allows the children to re-play events of the war in a safe space, where they can move past and even conquer the fears associated with the events. 

Manager of the Gaza Community Mental Health Program Hasan Ziyadeh, said “kids are expected to lose their focus or even use violence in expressing their feelings,” as they come down from the hectic and terrifying events of the war. “This is why we must not ignore such behavior and treat it quickly.” 

An essential element in such treatment is family support, said Ziyadeh, though religious and extended family institutions must also be activated to best assist those most traumatized by the events of the war. Religion and family will play a big part in helping the Gaza community get over this war, he said. 

Aseel and her little brother Samer have the courage without being afraid, they said. While much of what they believed about the world and its people has changed since the war began, they understand that for many their ability to survive the war makes them heroes. 

They know that survival is more than just being alive, but that it is also them doing their best to understand what happened and move on to continue living their lives, of trying to feel safe and move forward. 

Tuesday, January 27, 2009

video

Bikot Israel.




Demi Kebenaran dan Keadilaan

.......................................................
Ramdani Abd Karim
Biro Penyedilikan dan Pembangunan 
Angkatan Belia Islam Malaysia
Perak Darul Ridzuan

Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran

Sidang Ilmiah : 

Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran


Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Antara ciri-ciri dan keistimewaan al-Quran adalah pertama, ia merupakan kitab ilahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail. Firman Allah yang bermaksud : “ Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi maha Mengetahui.” (Hud, ayat 1)

 
Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin. 

Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24)

Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17) 

Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi. 

Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu. Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden ini. 

Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185) 

Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad apabila tiba bulan Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain.

Memahami Tujuan-Tujuan al-Quran

Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya.
Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu. 

Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya. 

Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki. 

Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat. 

Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10) 

Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala. 

Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107) 

Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia.


Monday, January 26, 2009

video

Jalan Da'wah antara Qiadah dan Jundiyyah (Sidang Pengenalan)


Jalan Da'wah antara Qiadah dan Jundiyyah
(Sidang Pengenalan)

Alhamduillah, kita berdiskusi lagi dengan satu risalah penting yang perlu dijadikan panduan oleh para pendokong jama'ah Islam. Perbincangannya kali ini berkisar sekitar pimpinan dan pengikut.


Sebagaimanapun yang kita maklum kejayaan usaha-usaha keislaman ('amal Islami)
sangat bergantung kepada 3 faktor utama :

Pertama Barisan pimpinan yanb berwibawa dan dihormati
Kedua - Sistem penyusunan, pengurusan dan kawalan yang tersusun dan berkesan.
Ketiga - Para Pengikut yang terdidik lagi setia.

Ketiga-tiga faktor tersebut memainkan peranan besar dalam menentukan corak perjalanan dan kejayaan sesuatu jama'ah.

Oleh yang demikian, usaha membina dan melahirkan pimpinan yang berwibawa dan pengikut yang terdidik lagi setia adalah penting sebagai dua anasir  utama yang akan mengatur dan mengerakkan jentera jamaah.

Insyaallah di 'Sidang Pengenalan' ini akan diluaskan lagi skop perbincangan pada masa akan datang..

Nantikan keluaran seterusnya,,,

Sidang Ilmiah: Nasihat Rakyat kepada pemimpin/pemerintah.

Sidang Ilmiah: Nasihat Rakyat kepada pemimpin/pemerintah.


Membuka bicara mengenai pemimpin, perlu kita menyingkap lembaran sejarah. 
Men 'ngaji' dan meng 'kaji' susur galur sistem yang diaturkan Islam

Penulis mengambil pendekatan dengan memetik sejarah perjuangan pemerintahan untuk kita sama-sama mengambil ikhtibar. Moga ruh pemerintahan khulafa' ar syahidin terus mewangi dikalangan pimpinan kita..

Apabila membicarakan isu-isu berkaitan pemerintahan, umat Islam tidak akan lari dari kisah sirah perjuangan Khalifah Umar al Khatab..


Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dan Ibnu Asakir daripada Makhul sesungguhnya Sa'ed b Hazim Al-Jumhi dari kalangan sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w berkata kepada Umar b Al-Khattab r.a : "Sesungguhnya aku berwasiat kepadamu ya Umar. " Umar r.a pun berkata: "Segeralah berwasiat kepadaku. "Beliau Berkata :

" Aku berwasiat kepadamu agar sentiasa takutkan Allah dalam urusan yang berkaitan dengan orang ramai dan janganlah kamu takutkan manusia dalam urusan yang ada hubungan dengan Allah. Janganlah kata-katamu berbeza dari apa yang kamu lakukan. Kerana sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah yang dibenarkan oleh perbuatan.

Janganlah kamu memutuskan untuk satu perkara dengan dua keputusan kerana dengannya perintahmu akan bercanggah dan kamu akan tergelincir dari kebenaran.

Terimalah apa yang berdasarkan hujjah. Allah akan membantu kamu dan memperbaiki ri'yah kamu. Berilah perhatian kamu dengan berterusan dan keputusan yang setara terhadap mereka yang dibawa oleh Allah dibawah kuasamu dari kaum muslimin yang dekan mahupun yang jauh.

Berikanlah kepada mereka apa yang kamu sukai untuk diri dan keluarga kamu dan hindarilah dari mereka apa yang tidak disukai ke atas diri dan ahli keluarga kamu. 

Dalamilah perkara yang baik dan janganlah kamu takutkan kepada cercaan yang orang mencerca dalam urusan yang berkaitan dengan Allah

Umar bertanya : "Siapakah yang berupaya melakukan sedemikian itu?" 
Sa'ed pun berkata : " Orang seperti kamu. Seorang yang dipilih Allah untuk menjaga hal ehwal umat Muhammad s.a.w dimana tiada sesuatu pun menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t "

Melihat kepada suasana 'jumud' pemerintahan Islam mukthahir ini, dunia semakin papa dengan moral-moral pimpinan. Sogokan, pecah amanah, ketidakadilan dan sebagainya kian terserlah. Etika kepimpinan dalam pemerintahan tidak lagi menyubur pada tempatnya. 

Hakikat dan matlamat pemimpin tidak lagi menjadi iltizam untuk membantu rakyat. Corak carik pemimpin yang ada, dengan tirisan-tirisan kebobrokan moral, sebenarnya menjadi acuan kepada pimpinan akan datang. Dimensi anak muda mudi yang terpalit dek kerana kerakusan pemimpin menjelmakan sejuta wajah kejahilan. Islam dipandang remeh,undang-undang diguna pakai buang, hak individu di ekspoitasi.

Generasi 'Y' yang diupah dengan pendidikan ala barat..nampaknya semakin gagal melestari pengertian hidup. Seruan penyuburan Islam di'kiri'kan.Apa matlamat pun tidak mampu digarap..

Justeru itu, SIDANG ILMIAH berpesan kepada diri penulis dan mereka yang membaca artikel ini terus mempelopori pimpinan berlandaskan sunnah dan hadis Rasullullah..Teruskan bersama blog ini, Sidang Ilmiah akan mengupas isu Pimpinan Dalam Pemerintahan dalam masa-masa yang akan datang..Insyaallah


Wassalam.  

Sunday, January 25, 2009

Thursday, January 22, 2009

Lagi bersama mantan-mantan pemimpin ABIM



Sekitar seminar Perjuangan Memperingati 100 tahun Perjuangan Pak Nathir
Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


Bersama Pemimpin ABIM Negeri dan Pusat






Sekitar seminar Perjuangan Memperingati 100 tahun Perjuangan Pak Nathir
Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
10 Januari 2009

Suara Palestine

Ya Allah Palestine ditanganMU...

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates