Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Syawal 1430


Saya mewakili ABIMPerak ingin mengambil kesempatan bersempena kedatangan 1 Syawal 1430 ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Mudah-mudahan Ramadhan al- Mubarak yang baru sahaja meninggalkan kita berjaya menyuntikkan bekalan rohani dan jasmani jangka panjang demi meningkatkan kualiti diri kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.

Hari raya bakal menjelma, ramadhan kan pergi meninggalkan kita. Entah masih berpeluang menemuinya atau tidak, itu urusan Allah SWT. Harapan yang menggunung ini, kita gandingkan dengan doa. Agar bertemu kembali bulan yang mulia.AMIN.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulan yang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam dan mempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagi meninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulan tarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin (as Saff : 9)

Kesempurnaan dicari bukan kemudahan atau perselisihan. Atas dasar ini, mencontohi Muhammad saw, sudah pasti dapat merealisasikan impian kesempurnaan yang dicita. Kerana Baginda adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau dahulu kita jadikan manusia selain baginda yang serba kekurangan sebagai idola, apa saja, kini kita kebarkan bendara sunnah Rasullullah SAW yang kian malap dek zaman fitnah. Jadikan matlamat ini sebagai satu contoh yang terbaik buat manusia sejagat.


Pelbagai ragam dan gelagat manusia menyambut ramadhan begitu juga menyambut syawal.
Semoga dengan terdirinya syawal membuahkan ganjaran yang tidak terhingga pada kita ummat Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkan semangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikan apa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkah dinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallah akan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukan persaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkan agama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Yang Menerima Amanah
.........................................
Ramdani Abd Karim,
Pengarah Program Sekampit Beras Negeri Perak
Exco Penyelidikan dan Pembangunan ABIM Negeri Perak
Pen.Setiausaha ABIM Perak Tengah
Exco Majlis Belia Daerah Perak Tengah
Exco Majlis Perundingan Belia Negeri Perak

Tutup laman web waktu solat

Tutup laman web waktu solat
Akhbar online Arab Saudi henti operasi 20 minit selama lima kali sehariJEDDAH: Sebuah akhbar online tempatan di wilayah Hail mengambil langkah menutup laman webnya selama 20 minit setiap kali tiba waktu solat lima waktu.


Sekiranya pelawat memasuki laman Aen Hail ketika waktu solat, mereka akan menemui mesej 'Tutup bagi solat' dalam bahasa Arab selain kiraan waktu tamatnya masa rehat untuk solat di bahagian bawah laman. Penutupan sementara itu yang bermula bulan ini adalah dilakukan secara automatik dan dikaitkan dengan waktu solat tempatan, kata pengarang online laman itu, Majid Al-Mismar. "Laman ini dibina dengan integrasi pada satu perisian yang menggantikan laman indeks dengan lain," katanya.

"Kami percaya solat perlu diutamakan. Akhbar elektronik akan tutup ketika waktu solat dan ia kembali semula selepas solat berakhir." Kebanyakan komen online memuji langkah diambil laman web itu menandakan sokongan mereka kepada sistem yang sama di seluruh negara di mana kebanyakan aktiviti komersial dihentikan sementara waktu ketika solat.

Profesor di Institut Kehakiman Tinggi Universiti Islam Muhammad ibn Saud dan juga ahli Akademi Fikah Islam Antarabangsa, Mohammed Al-Nojaimi, menyifatkan keputusan akhbar itu sebagai amat mulia. "Ia menggalakkan tabiat individu untuk bersolat pada waktunya," katanya.

Pendapat lain menyifatkan langkah itu sebagai hanya dari segi lahiriah. "Anda hanya memfokuskan kepada penampilan dan persembahan berbanding prinsip sebenar agama," kata satu komen yang dihantar kepada laman itu.

"Bagaimana jika orang yang mahu melayari laman ini seorang bukan Islam?" tanya penulis kolum akhbar Al-AWatan, Amal Zahid dalam satu ruangan lidah pengarah yang disiarkan Jumaat lalu yang menyifatkan penutupan sementara ketika waktu solat tidak akan menggalakkan orang ramai untuk bersolat.

"Bersolat adalah satu perbuatan agama yang mengaitkan manusia dengan Tuhan sepanjang hari. Menggalakkan orang bersolat pada masanya tidak akan dicapai hanya dengan menutup laman web. - Agensi
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates