Hikmah disebalik ke'hilang'an duniawi.
Bila mana membicarakan soal rakyat, Legatisme kepimpinan pasca 08Mac2008 masih terasa. Daruri (Akal) rakyat yang mempertahan unsur abstrak perjuangan terus menerus terbina tanpa dapat disempadani masa dan keadaan. Penaklukan tampuk kondisi pimpinan dengan cara tanpa penjelasan (badihah) suara rakyat sebenarnya menjadi peta catatan sejarah yang agak kejam untuk anak cucu akan datang.
Ber'dikir' dengan gelodak politik tanah air, khususnya politik dinegeri Darul Ridzuan rakyat telah matang dengan pelbagai isu yang di a'DUN'dombakan. Nilai taqwa (yattaqun) pasca-modernisme semakin parah dek perebutan kuasa dan ketamakan individu-individu tertentu. Hari ini cacatan sejarah akan merobah langskap PRU13 yang akan datang. Hari ini seluruh dunia akan menyaksikan bagaimana khazanah suara rakyat menjadi perkara no 2. Hari ini juga kerakusan akan terus bermaharajalela berkiblat tuhan nafsu dan nafsi. Kehalusan dan kejernihan akal para sarjana-sarjana Islam tidak menjadi rujukan dan amalan sebagaimana proses-proses yang terdahulu. Inilah bentuk penjajahan tanpa sedar. Matode yang digunakan seolah-olah hampir serupa sebagaimana matode yang diperjelaskan tentang kejatuhan kerajaan-kerajaan yang terdahulu.Tanggungjawab mengulangi tamadun kehancuran kini sudah pasti terpikul dibahu mereka yang punyai kerakusan dan ketamakan 'label' pak menteri.
Apakah tidak kita tidak terfikir?
Menjustifikasikan gelora politik di Perak, adalah sesuatu yang amat unik. Parti yang 'memerintah' dan 'bakal' memerintah, memaksa rakyat untuk terus memperhalusi keadaan. Jika PRU12 memperlihatkan momentum pilihan rakyat, kali ini momentum berkenaan tidak berperanan pada ruangnya tersendiri. Penerapan logik akal bukan retorik. Sejarah pemikiran rakyat bukan lagi bersifat formal. Pemikiran rakyat kini lebih bersistematik.
Bukan lagi bersifat khazanah semata-mata.
Walaupun kritikan-kritikan hebat diperlaungkan, namun rakyat lebih bijak dari rakyat-rakyat retua. Rakyat tidak perlu dipandaikan dengan agenda-agenda angka. Rakyat tidak perlu dibijakkan dengan kaedah intrumental ceritera ciptaan tokoh-tokoh yang meragukan. Kerangka pemikiran 100% telah berubah.Teori definisi terfitrah pada dasar-dasar kecerdikan,bukan momokan berita dan agenda semata. Mendasari kemahuan, kebijakan rakyat negeri Perak seakan tersekat. Mereka yang mendokong aliran perubahan meronta untuk terus bebas dari ikatan ugutan dan ketidak telusan.
Apakah tidak kita terfikir akan kebenaran ini?Mana hilangnya nilai maruah dan solidariti pak menteri yang akan bersumpah setia nanti?Wahai, pendokong perubahan!! Tetapkanlah hati kamu akan kebenaran. Jangan kita tangisi kehilangan duniawi semata. Ingatanlah, prasyarat untuk kejayaan adalah menempuh kekalahan. Justeru itu bangkit dan terus bangkit menyatakan sokongan. Bangkit dan terus bangkit!!..
Kekalahan yang sementara ini ada hikmah yang perlu difahami. Lantera itu, amatlah tidak mudah untuk melestari perubahan tanpa adanya kekalahan. Hari ini kekalahan kita, hanya dinilai dengan penglihatan. Tetapi moralitinya, kita tewas sebagai golongan yang bermaruah. Berpaut teguhlah pada sauh kebenaran dan keadilan demi kelangsungan harmoni dalam kehidupan bersama (peaceful co-existence).
Kebangkitan kritis suara keramat rakyat akan menjelma suatu hari nanti. Golongan perompak kebenaran akan tersungkur menyembam bumi. Ingatlah insan, apa yang perlu difikirkan adalah perjuangan. Cengkaman dalam kondisi yang menyekat boleh kita uraikan dengan adanya kebersamaan. Pembaharuan gerakkan perlu direncana agar medan Islami berbunga kembali.
Wahai Kelompok Kebenaran!!
Jangan kita tangisi dugaan Tuhan..Jangan kita terus menuhankan nafsu dan akal. Lihat kehadapan!!Bina Kesatuan!!Kukuhkan Pakatan!!Anggaplah ini sebagai ujian yang sekelumit cuma. Intilah adalah sedikit kesensaraan yang pedihnya hanya seketika.
Wahai umat yang dahagakan kebenaran!!
Bersabarlah dengan ujian Allah SWT. Allahhuakbar...Allahhuakbar.
Thursday, February 5, 2009
Jawablah diakhirat nanti..
Kekacauan politik yang berlaku di Perak pasca PRU12 nampaknya tidak berkesudahan.
Pelbagai Isu dipolemik, di a'DUN'domba (dengan Izin) malah pelbagai teknik kotor dan jijik seolah-olah halal 100%..Rakus, Kejam dan menjelikkan...Laungan haraki bangsa diperjuang, bukan haraki agama dan ketamadunan.
Amat menyedihkan..apalah yang ada pada 'tites' airmata pada perjuang agama.Sifat tamak dan rakus individu mengejar 'jawatan fana' seolah-olah berlegar dikalangan pemimpin.
Wahai Umat yang mengucap dua kalimah syahadah!!! dimana syahadahmu...
apakah kamu tidak mempunyai hati, apakah kamu tidak berakal(la ya' qilun)
dan apakah kamu tidak mendapat hidayah( la yahtadun)..ber'hakikat'kan apa kamu menterjemahkan perjuangan..?
Kamu membina legitimasi kerajaan tanpa suara rakyat..Kemulian yang semakin terhakis, seolah-olah kamu hakis semuanya.Kedudukan yang kamu 'pucukcita' kan telah pun kamu genggam.
Subscribe to:
Posts (Atom)