Monday, March 30, 2009

Antara Pemikir Islam Dan Pengaksi Islam .

Bertema Pemikir dan Pengaksi, penulis ingin membawa tuan-tuan untuk meneroka beberapa persoalan yang 'kontemporari'. Ironinya, aspirasi suara pejuangan diperlaungkan disegenap umum dan
khusus kini tiba saat dan ketika, penulis cuba menerobos sempadan pemikiran dan aksi Islami. Fenomena 'belakang'an dikupas adalah cuma secubit rasa . Buat rakan-rakan dan pendokong reformasi jihad dan ekspedisi dakwah, ambillah teladan sebagai taulan buat bekalan kalian meneruskan misi dan visi jihad fi sabilillah.

Melihat kepada wacana pemikiran Arab kontemporari isu tafkir(pemikiran) sering kali menjadi takfir(pengkafiran).
Lihat sahaja pada sejarah lampau. Beberapa dekad bila tersebar dan gagalnya era liberal mulailah tersebar isu-isu pengkafiran. Sebuah buku karangan Albert Haorani "Pemikiran Liberal Di Dunia Arab"(PLDA) dengan jelas membangkitan isu-isu pengkafiran. Karya penulisan haorani membahagikan PLDA kepada 3 bahagian. Pertama abad 19 hingga 1920an.Kedua 1920an hingga 1930an.Ketiga 1930an hingga 1940an. Hingga lah berlaku pergolakan politik dunia arab dan tertubuhnya Negara Israel. Kajian dan Penyelidikan Haorani itu membuka mata penulis bahawa virus dan wabak pengkafiran perlu diselidiki dan difahami.

Saudara sekalian, penulis tidak mahu memperpanjang lebar isu tafkir dan takfir. Sedianya penulis, bertujuan memberi dan membahas beberapa isu Pemikir Islam dan pengaksi Islam. Tidak dinafikan Pemikir Islami banyak terpengaruh dan diperngaruhi oleh golongan agama. Juga tidak dinafikan pergerakan dan pendidikan ke arah pemikiran sedemikian juga bercambah-cambah. Jaringan dan kelompok yang menjerumus ke arah Pemikir Islam bergerak subur pada landasannya sendiri. Hingga lahir para pendakwah yang 100% tercetak pada lambang Islam.

Hari ini, graduan yang tamat pengajian institusi agama dari dalam dan luar negara berjumlah ribuan angka. 'Graduanlisme'yang dicop mohor universiti, dinafiri sebagai golongan ahli fikir bukan sebarang nilaian dan telahan. Ilmu, fasih dalam ingatan. Malah berkemampuan menulis dan menghasilkan karya2 agung didasari faham konsep teologinya pula. Pensoalan kini, apakah pendokong-pendokong Islam ini mampu beraksi sebagai pengaksi Islam?Apakah pengaksi Islam hanya terzahir pada coretan dan tintaan buku semata? Juga apakah pengaksi Islami semakin tidak releven pada Pemikir Islam itu dan apa benar ianya hanya tercetak dan teracu di logo-logo pada pendokongnya sahaja?

Umat yang ternilai ribuan nyawa dahagakan pengaksi Islam. Hak dan kebertanggungjawaban itu terpikul pada kita umat-umat islam. Rasailah gaya dan intonasi umat. Faham nadi denyutannya. Pemikir Islam perlu beraksi sebagai pengaksi Islam bukan penemplaknya dan pengkritik negetif. Sebaiknya para pemikir-pemikir Islam perlu tega berdiri membina kewajipan kolektif umat yang sering kita lupai. Jadilah kita pengaksi Islam tulen demi kemakmuran umat sejagat. Titik pertemuan pemikir dan pengaksi Islam perlu diserasikan demi islah(reformasi) mojiriti umat.

Penulis melihat lahirnya graduan universiti yang mentawkili jenama pusat pengajian Islam tidak dimanafaat sebaik mungkin. Golongan elit pendokong dakwah perlu melihat kepada kaedah reformasi,reaktualisasi,amar ma'ruf,nahi mungkar dan mengambil kesemua sebab yang boleh membangunkan umat. Kelompok kepahlawanan pengaksi Islam belum lagi terwujud walaupun hampir berjuta 'graduanlisme' yang kita bangunkan.Penulis merasakan beberapa mesej penting perlu disemak dan wajar diambil perhatian jika kita mahu melihat berlakunya tranformasi haqiqi pada tubuh umat. Pengaksi Islam selayaknya mengatur dan mengusahakan gerakan reformasi dakwah ini. Pemikir perlu membina formula lebih praktikal untuk pengaksi Islam agar kelompok yang memilih peranan dan medan tumpuan ini berjaya memperkasa umat keseluruhannya.

Akhirnya, penulis mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh pemikir dan pengaksi Islam supaya jelas tujuan dan matlamat.Penghayatan mendasar ilmu dan faham Islam secara kolektif diharap menepati kehendak dan manhaj Islah sebenar. Kemaskinilah Tariq Perjuangan dan hilangkan kekeliruan umat..Bersatulah demi Islam yang tercinta
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates