Tuesday, February 10, 2009

Monumen Perjuangan Bangsa Lakari Realiti Tanpa Nama

Monumen Perjuangan Bangsa Lakari Realiti Tanpa Nama

Kesejagatan perjuangan bangsa(PB), adalah suatu yang abstrak dan subjektif. Monumen PB adalah hasil dari pancaran sebuah realiti tanpa nama. Manusia secara lahiriah mendasari PB itu lebih dari menyempurnakan sifat perjuangan agama; Islam(PAI). Asas PB bukan bersuluhkan iman dan taqwa. Sejarah telah melakari, berpaksikan PB sebenarnya mengukir peta realiti yang hanya mengorbankan monument perjuangan dan peradaban agama.

Sirah perjuangan Rasulullah dan sahabat, mendeklamasikan catatan nyata. PB, mencerminkan perjuangan kepada perbezaan. Lembaran PB seharusnya tidak didendangkan lagi di telinga rakyat.
Mentela’ah relevansi PB, dunia hari ini seolah-olah kaku. Malaysia dalam konteks PB gagal melangkau kejumudan masa,tempat dan materi. Kesatuan ummah tidak fokus praktikal dan menjauhi zaman. Masih realitistikkah PB dimata rakyat?

Kekeliruan antara PB dan PAI harus dihurai satu demi satu. Generasi mendatang perlu jelas dan hadam antara 2 perbezaan ini. Ketajaman pemerhatian dan penganalisisan yang analitis dan sistematik perlu digerak-cerna. Keseriusan menterjemah faham PAI bukan lagi bersifat eksaiklopedik semata. Tradisi PAI perlu menyanggah sehabis mungkin PB. Justeru itu pendokong PAI bukan sahaja perlu menelusi akliah malah wibawa terhadap ketajaman mata zahir perlu juga menepati definisi autoritatif Islam itu sendiri.

Mengambil kira konsistensi berkenaan, amatlah wajar maudhu’ PAI diperlaungkan. PAI bukan sahaja memberi penekanan terhadap prinsip keagamaan malah mendokong persoalan akhlak, pendidikan, dan kerohanian. Keseriusan menghadam PAI secara telus menanam tradisi cinta Islam. Bukan sahaja membentuk fakulti akliah malah menerusi fakulti ruhaniah dalam membina dan mencerna realistic ummat sejagat.

PB lebih dikhuatiri membawa isu-isu palsu(pseudo-problems) dalam pemikiran Islam. Tidak sejagat dan gagal dominasi kemajuan. Kekangan polisi dan posisi PB terzahir pada kemunduran dan dominasi realiti semata.Ruh kesejagatan, dan ide-ide tradisi ternafi dalam konteks peradaban Islam . Ancaman kemunduran dan monopoli dogma ditempah seawal mungkin jika PB menjadi subjek generasi mendatang.Lihat, betapa hancur bangsa tika mana akliah tidak menuhankan Allah swt. Lihat, betapa PB memimpin fikiran dan tradisi pucuk-pucuk muda bangsa melahirkan 1000 kegagalan di mata rakyat..

Bangunlah ummat akhir zaman, jadikan aspirasi PAI arus perdana perubahan. Teruskan dominasi PAI, kekanglah pimpinan PB. Ummah yang penuh dengan pelbagai aliran pemikiran dan pendekatan pembangunan harus menerima PAI dalam konteks nabawi supaya wibawa kesannya dapat dirasa oleh rakyat keseluruhannya. Ayuh generasi muda merdekakan dirimu dari cengkaman perjuangan bangsa. Semoga merakyat PAI dalam solidaritinya tersendiri.Insyaallah...
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates