Monday, January 26, 2009

Jalan Da'wah antara Qiadah dan Jundiyyah (Sidang Pengenalan)


Jalan Da'wah antara Qiadah dan Jundiyyah
(Sidang Pengenalan)

Alhamduillah, kita berdiskusi lagi dengan satu risalah penting yang perlu dijadikan panduan oleh para pendokong jama'ah Islam. Perbincangannya kali ini berkisar sekitar pimpinan dan pengikut.


Sebagaimanapun yang kita maklum kejayaan usaha-usaha keislaman ('amal Islami)
sangat bergantung kepada 3 faktor utama :

Pertama Barisan pimpinan yanb berwibawa dan dihormati
Kedua - Sistem penyusunan, pengurusan dan kawalan yang tersusun dan berkesan.
Ketiga - Para Pengikut yang terdidik lagi setia.

Ketiga-tiga faktor tersebut memainkan peranan besar dalam menentukan corak perjalanan dan kejayaan sesuatu jama'ah.

Oleh yang demikian, usaha membina dan melahirkan pimpinan yang berwibawa dan pengikut yang terdidik lagi setia adalah penting sebagai dua anasir  utama yang akan mengatur dan mengerakkan jentera jamaah.

Insyaallah di 'Sidang Pengenalan' ini akan diluaskan lagi skop perbincangan pada masa akan datang..

Nantikan keluaran seterusnya,,,

Sidang Ilmiah: Nasihat Rakyat kepada pemimpin/pemerintah.

Sidang Ilmiah: Nasihat Rakyat kepada pemimpin/pemerintah.


Membuka bicara mengenai pemimpin, perlu kita menyingkap lembaran sejarah. 
Men 'ngaji' dan meng 'kaji' susur galur sistem yang diaturkan Islam

Penulis mengambil pendekatan dengan memetik sejarah perjuangan pemerintahan untuk kita sama-sama mengambil ikhtibar. Moga ruh pemerintahan khulafa' ar syahidin terus mewangi dikalangan pimpinan kita..

Apabila membicarakan isu-isu berkaitan pemerintahan, umat Islam tidak akan lari dari kisah sirah perjuangan Khalifah Umar al Khatab..


Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dan Ibnu Asakir daripada Makhul sesungguhnya Sa'ed b Hazim Al-Jumhi dari kalangan sahabat-sahabat Rasullullah s.a.w berkata kepada Umar b Al-Khattab r.a : "Sesungguhnya aku berwasiat kepadamu ya Umar. " Umar r.a pun berkata: "Segeralah berwasiat kepadaku. "Beliau Berkata :

" Aku berwasiat kepadamu agar sentiasa takutkan Allah dalam urusan yang berkaitan dengan orang ramai dan janganlah kamu takutkan manusia dalam urusan yang ada hubungan dengan Allah. Janganlah kata-katamu berbeza dari apa yang kamu lakukan. Kerana sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah yang dibenarkan oleh perbuatan.

Janganlah kamu memutuskan untuk satu perkara dengan dua keputusan kerana dengannya perintahmu akan bercanggah dan kamu akan tergelincir dari kebenaran.

Terimalah apa yang berdasarkan hujjah. Allah akan membantu kamu dan memperbaiki ri'yah kamu. Berilah perhatian kamu dengan berterusan dan keputusan yang setara terhadap mereka yang dibawa oleh Allah dibawah kuasamu dari kaum muslimin yang dekan mahupun yang jauh.

Berikanlah kepada mereka apa yang kamu sukai untuk diri dan keluarga kamu dan hindarilah dari mereka apa yang tidak disukai ke atas diri dan ahli keluarga kamu. 

Dalamilah perkara yang baik dan janganlah kamu takutkan kepada cercaan yang orang mencerca dalam urusan yang berkaitan dengan Allah

Umar bertanya : "Siapakah yang berupaya melakukan sedemikian itu?" 
Sa'ed pun berkata : " Orang seperti kamu. Seorang yang dipilih Allah untuk menjaga hal ehwal umat Muhammad s.a.w dimana tiada sesuatu pun menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t "

Melihat kepada suasana 'jumud' pemerintahan Islam mukthahir ini, dunia semakin papa dengan moral-moral pimpinan. Sogokan, pecah amanah, ketidakadilan dan sebagainya kian terserlah. Etika kepimpinan dalam pemerintahan tidak lagi menyubur pada tempatnya. 

Hakikat dan matlamat pemimpin tidak lagi menjadi iltizam untuk membantu rakyat. Corak carik pemimpin yang ada, dengan tirisan-tirisan kebobrokan moral, sebenarnya menjadi acuan kepada pimpinan akan datang. Dimensi anak muda mudi yang terpalit dek kerana kerakusan pemimpin menjelmakan sejuta wajah kejahilan. Islam dipandang remeh,undang-undang diguna pakai buang, hak individu di ekspoitasi.

Generasi 'Y' yang diupah dengan pendidikan ala barat..nampaknya semakin gagal melestari pengertian hidup. Seruan penyuburan Islam di'kiri'kan.Apa matlamat pun tidak mampu digarap..

Justeru itu, SIDANG ILMIAH berpesan kepada diri penulis dan mereka yang membaca artikel ini terus mempelopori pimpinan berlandaskan sunnah dan hadis Rasullullah..Teruskan bersama blog ini, Sidang Ilmiah akan mengupas isu Pimpinan Dalam Pemerintahan dalam masa-masa yang akan datang..Insyaallah


Wassalam.  

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates