Thursday, December 17, 2009

Jaga Kebajikan Bukan Islam

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa kerajaan memberi lebih perhatian kepada bukan Islam, termasuk menambah peruntukan untuk rumah ibadat mereka. "Kita memahami apa yang disebut (oleh DAP), dan (ia) bukan berhasrat untuk mempertikaikan agama Islam," kata timbalan presidennya Amidi Abd Manan kepada Malaysiakini. "Jadi kita menggesa kerajaan memberi perhatian yang lebih kepada bukan Islam."Beliau diminta mengulas kontroversi kenyataan ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming, di Parlimen berhubung peruntukan besar kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan tetapi kecil sahaja peruntukan untuk bukan Islam.

Kenyataan Nga, juga setiausaha DAP Perak, itu merujuk jawapan seorang menteri bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta untuk membina dan menyelenggara 611 masjid tetapi hanya RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja. Susulan kenyataan tersebut, beberapa tokoh dan NGO mempertikaikan Nga dengan alasan beliau tidak wajar mengungkitkan peruntukan untuk membina masjid kerana perlembagaan mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.

Amidi, yang kini memangku jawatan presiden Abim, berkata kerajaan seharusnya mengikut contoh Rasulullah yang bersikap adil kepada penganut agama lain sewaktu memimpin di Madinah. "Jadi selaku kerajaan yang memerintah, kerajaan juga seharusnya mencontohi Rasulullah SAW, terutama dari sudut peruntukan kepada bukan Islam," katanya.Beliau berkata, ABIM menyokong jika kerajaan juga memberi perhatian kepada kesejahteraan agama lain memandangkan masalah sosial yang semakin banyak berlaku. Disoal sama ada kerajaan harus menambah peruntukan bukan Islam, Amidi berkata kerajaan bukan sahaja harus
menambahkan peruntukan tetapi juga perhatian untuk melahirkan masyarakat beragama di Malaysia.

Bagaimanapun pembahagian itu juga harus menepati lunas Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara."Maka satu masyarakat yang beragama harus menjadi satu ciri kepada rakyat Malaysia," katanya. "Ia juga membolehkan masyarakat agama lain mempraktikan ajaran agama mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak."

Salam Maal Hijrah 1431 Hijrah

Saya mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan salam maal 1431 Hijrah yang akan menjelang beberapa jam lagi. Semoga 1430 yang akan kita tinggalkan membina sebuah sejarah yang cukup bermakna kepada kita dan generasi pendokong institusi dakwah seluruh dunia.
Insyaallah..kita akan bertemu pada tahun hadapan dengan wadah dan makna yang tersendiri.
AMIN. Ya Rabbal Alamin
.........................................................................................
Ramdani b Abd Karim
Exco Penyelidikan dan Pembangunan
Angkatan Belia Islam Malaysia
Negeri Perak Darul Ridzuan
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates