Monday, April 27, 2009


Tuesday, April 7, 2009

Menilai Kembali Sifir Kebangkitan Rakyat

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]








Monday, April 6, 2009

Sampai Dikemuncaknya

Debat Perdana
Anjuran : Jaringan Pemuafakatan Islam Perak ( Jama'iy)
Tarikh : 06 April 2009
Jam : 9.00 mlm - 11.30 mlm
Tajuk : "UMNO Pembela Melayu- PAS Boneka"
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Kaya, Air Kuning, Taiping
Kerjasama : Angkatan Belia Islam Malaysia (Perak),Jemaah Islah
Malaysia (Perak),Teras Keupayaan Melayu(Teras)
Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)

Panel Jemputan : Dato' Husam Musa (PAS)
Dato. Dr. Ahmad Zahid Hamidi(BN)
Mah Hang Soon (Panel BN - MCA)
Nga Kor Ming (Panel PR -DAP)












Saturday, April 4, 2009

Ilmu kerana Dunia dan Ilmu Kerana Allah

Dalam konteks ledakan maklumat yang berlaku hari ini, rakyat secara langsung menghadapi kekeliruan yang perlu dirungkai. Kefahaman berkenaan golongan yang berilmu dan golongan yang bermaklumat membuatkan kita sukar mengenal dan sering kali membuat pertimbangan yang salah dalam perkara menuntut ilmu.Kekeliruan akan ilmulah yang mengheret kita untuk membuat keputusan yang tidak betul dan sememangnya mendatangkan impak yang negetif kesannya.Rakyat perlu sedar, golongan berilmu amat berbeza dengan golongan bermaklumat.

Golongan yang berilmu semestinya mempelajari, menguasai dan memahami serta menghayati segala aspek yang membentuk sesuatu ilmu tersebut. Tetapi golongan yang bermaklumat pula hanya mempelajari. Menafikan perkara menguasai,memahami dan menghayati.Rukun ilmu yang membentuk pola kehidupan tidak lengkap tanpa elemen-elemen dasar iaitu PELAJARI,KUASAI,FAHAMI dan HAYATI. Kebijakan 2 golongan ini sememangnya menjelmakan perbezaan amat ketara bukan sahaja dari segi konsep perbahasan ilmu malah dari perbagai sudut dan pandangan umum. Institusi ilmu perlu mengambil langkah yang bersepadu dalam mengembangkan potensi besar dalam melahirkan golongan yang faham ilmu secara keseluruhan. Secara tidak langsung berupaya membina kecemerlangan tamadun umat di alam malayu dan yang terpenting kegemilangan tamadun agama Islam itu sendiri.

Muhammad Ramadan al-Buti dalam bukunya Manhaj al-Hadarah al-Insaniah fi al-Quran mendefinisikan tamadun sebagai tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan demi kebahagian dan kesenangan manusia. Sayyid Qutb pula membahaskan, tamadun ialah segala bentuk kemajuaan yang dihasilkan oleh masyarakat seperti soal pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai dan norma moral Islam. Apa yang menarik diantara perbincangan 2 tokoh besar ini adalah berkenaan soal tamadun yang asasinya ilmu melalui sumber akal,pemikiran dan kerohanian. Begitu juga perbahasan ketamaduan yang didefinisikan oleh Ibn Khaldun dalam mempertingkatkan martabat golongan berilmu dalam membina ketamaduan umat secara umum dan khususnya.

Di Malaysia, tidak dinafikan bahawa ilmu kini berorientasikan sekadar untuk lulus peperiksaan. Penilaian ilmu dari sudut praktikalnya tidak lari dan tidak bukan hanya memotifkan keuntungan duniawi semata-mata.Konsep untuk berilmu bertukar kepada konsep untuk bermaklumat. Tiada lagi semangat berilmu yang hakikatnya perlu diselami sedalam mungkin dalam membina kelangsungan dan pencapaian ketamadunan agama dan bangsa.

Islam memandang ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan, bukan untuk kepentingan duniawi dan bukan untuk 'sekeping kertas'.Rata-rata rakyat Malaysia yang berlabel Muslim menjadikan 'sekeping kertas' lesen mutlak untuk mendapat gaji yang cukup lumayan. Konsep menuntut ilmu perlu jelas dan praktikal sifatnya tanpa berselindung dan diselindungi. Islam amatlah mencela golongan yang menuntut ilmu itu semata-mata untuk kepentingan duniawi yang ianya jelas dinyatakan dalam hadis.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Kebertanggungjawaban si penuntut ilmu perlulah hadami istilah ikhlas dan jujur demi menjadi kelangsungan dan keberkatan ilmu. Oleh itu, tuntutlah ilmu itu semata-mata kerana Allah. Kerana dengan memahami tujuan dan niat menuntut ilmu kerana Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur dan taat kepada perintah-Nya. Disinilah bezanya antara orang yang berilmu kerana Allah dan orang yang berilmu mengejar dunia. Habuan org yang mengejar dunia tidak dinamik dan polemik sif atnya. Ibarat membina rumah yang separa siap. Kita lihat hari ini golongan seadanya tidak membantu dalam masyarakat,kurang keberkatan hidup, menghadapi kekalutan dan kebimbingan kerana kedangkalan ilmu yang dimiliki.

Justeru itu, dalam memahami agenda menuntut ilmu secara menyeluruh perlulah ia menjadi visi dan misi umat serta perspektif dan kemestian ilmu perlu menjadi isu vernakular(setempat) yang dilengkapi niat, sifat dan rukun berilmu.Dengan memahami konsep-konsep asas tujuan ilmu dan pendidikan, sedikit sebanyak membangkitkan isu lesu keilmuan yang sering kali menjelma dikalangan rakyat amnya dan pelajar serta mahasiswa khususnya. Perencanaan Ilmu semata-mata kerana Allah SWT, wajar menjadi wahana perjuangan dalam mengerakkan peradaban dan ketamaduan umat Islam dan Bangsa sebagaimana yang berlaku kepada generasi kebangkitan umat-umat terdahulu. Keunggulan membudayakan ilmu kerana Allah tidak perlu dilunturkan dengan janji-janji kemewahan dan kebahagian kelompok duniawi semata tanpa memikirkan percaturan hari kebangkitan.Pengayaan khazanah ilmu dalam memartabatkan Islam mampu menegaskan dasar-dasar kegemilangan ummah dalam momentum kedudukan yang tertinggi apatah lagi jika kelompok itu adalah Islam secara total.

Akhirnya,penulis ingin menegaskan sekali lagi pentingnya ilmu itu jika disandarkan Keikhlasan kepada Allah SWT. Sintesis progresif dan rasionaliti modernis perlu juga berakar dalam ilmu tersebut dalam konteks penyatuan kegemilangan secara fakta objektif dan keluhuran falsafah yang memungkin cantuman landasan etika moral ketamadunan dan keagungan Islam..Insyaallah usaha menyatuan ilmu kerana Allah mempu mengoncang isi dunia dalam mengejar misi akhirat..Sekian

Ramdani b. Abd Karim (Exco Penyelidikan dan Pembangunan ABIM NegeriPerak)








 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates