Sunday, September 6, 2009

Bagaimana mana keadaaan kita berbanding mereka??

ketika kita membuka puasa, melihat dan memikirkan juadah untuk berbuka, kita lupa, sesungguhnya ada saudara islam yg lain dari kita ......

"Mana emak? ""Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"

"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? ""Sepuluh.""Adik ni yang ke berapa?"

"Saya yang kelapan.""Mana abang-abang kamu pergi?""Tolong emak menoreh.""Adik puasa hari ini?""Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"

"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."."Bapak kerja apa?""Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".



*bagaimana mana keadaaan kita berbanding mereka??

Pertahan Malaysia Perlu Ikhlas Ikut Perlembagaan

Negara kita Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 dalam suasana sederhana tetapi patriotik pada 31 Ogos lalu. Di dalam banyak pengucapan pemimpin negara sempena tahun kemerdekaan ini, tuntutan semua rakyat Malaysia bersama-sama membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni, ditekankan menerusi kerangka gagasan 1Malaysia.Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) selaku sebuah pertubuhan yang mewakili golongan belia Islam di negara ini ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia menyahut seruan ini.

Masyarakat boleh menyumbang dalam usaha pembentukan negara Malaysia bersatu padu menerusi beberapa langkah.Pertama ialah dengan memahami dan menghayati kembali sejarah pembentukan negara ini. Hal ini menuntut masyarakat Malaysia meningkatkan bacaan dan kajian terhadap susur galur perjuangan menuntut kemerdekaan menerusi perspektif yang menyeluruh. Menerusi pembacaan dan pengkajian ini, masyarakat Malaysia tentu akan terdedah dengan latar kehidupan negara sebelum kemerdekaan, memahami liku-liku dalam proses mencapai kemerdekaan, mengenali tokoh pejuang kemerdekaan dari segenap kumpulan masyarakat dan kaum serta memahami asas permuafakatan antara kaum di negara ini.

Langkah kedua ialah mempertingkatkan hubungan dan pergaulan antara kaum. Seperti kita ketahui, masyarakat kita tergolong kepada beberapa kelompok kaum seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian masyarakat Malaysia ini perlu dijalin secara kukuh dan berterusan. Peningkatan hubungan dan pergaulan menerusi pelbagai cara yang sesuai dan wajar antara pelbagai kaum boleh menghilangkan jurang dan tembok pemisah yang banyak disaluti oleh kepentingan kelompok. Di samping kita terus mengekalkan identiti kelompok yang kita warisi, masyarakat Malaysia hendaklah bersatu atas semangat kenegaraan sebagai 'Anak Malaysia'. Langkah ketiga ialah menerusi peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Abim ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan sama ada daripada aspek kefahaman atau pertuturan.Bahasa Melayu ialah bahasa penghubung antara kita semua.

Sekiranya masyarakat Malaysia tidak berkongsi satu bahasa penghantaran yang sama, kita semua tidak akan dapat berkongsi perasaan kecintaan kepada negara dan tidak mungkin dapat menghayati cita-cita perjuangan sama sebagai anak Malaysia. Bersempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Abim ingin menyeru semua pihak supaya terus gigih dan ikhlas dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Ini dapat diterjemahkan sekiranya semua pihak menghormati Rukun Negara dan prinsip keadilan dan kehormatan insan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

MUHAMAD RAZAK IDRIS,
Presiden Abim.
sumber di petik : http://www.bharian.com.my

Sekitar Iftar Jama'ie...

Sekitar Iftar Jama'ie...



Chemor : Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) negeri Perak telah mengadakan Program Iftar Jama’Ie dan penyerahan beras kepada ibu tunggal dan fakir miskin didaerah Kinta. Program ini bertempat disekolah SERI Al-Ummah Chepor. Program yang dihadiri oleh Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Tuan Hj Suhaimi Latip dan Pengerusi Wadah Pencergasan Ummah(WADAH) Ustaz Yaakob b Din



Ustaz Khairil Amri selaku pengarah program menjelaskan bahawa, program ini dibuat adalah untuk mengukuhkan silaturahim dikalangan ahli ABIM dan selain memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan fakir miskin daerah Kinta dalam bentuk bekalan beras. Pada majlis ini kami memberi sebanyak 45 kampit beras berserta keperluan lain seperti tepung dan minyak kepada 45 ibu tunggal dan fakir miskin yang turut serta hadir dalam program berkenaan. Sumbangan beras ini diperolehi daripada sumbangan individu dan syarikat-syarikat korporat sekitar negeri Perak.Menurutnya lagi melalui program ini kita mahu membela nasib rakyat tanpa mengkira fahaman politik bangsa dan agama. Program seperti ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan didaerah Kuala Kangsar dan seterusnya ke daerah-daerah sekitar Perak yang lain. Sehubungan dengan itu kita mengharapkan lebih ramai penderma tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan lagi program-program selepas ini.

Ucapan ringkas YDP ABIM Perak pula mengingatkan bahwa nilai sumbangan adalah tidak penting tetapi yang lebih bernilai adalah apa yang disumbangkan. Angkatan Belia Islam Malaysia berhasrat meneruskan program ini pada masa hadapan bagi membolehkan golongan ibu tunggal dan fakir miskin menikmati suasana ramadhan yang lebih bermakna seperti masyarakat Islam yang lain.

Beliau seterusnya memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tampil memberi sumbangan dalam bentuk wangringgit dan beras serta yakin ia akan memberi manafaat kepada ibu tunggal dan fakir miskin di negeri Perak.
Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini diserikan dengan takzirah dan bacaan tahlil sementara menunggu tibanya waktu berbuka.
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates