Sekitar Iftar Jama'ie...
Chemor : Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) negeri Perak telah mengadakan Program Iftar Jama’Ie dan penyerahan beras kepada ibu tunggal dan fakir miskin didaerah Kinta. Program ini bertempat disekolah SERI Al-Ummah Chepor. Program yang dihadiri oleh Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Tuan Hj Suhaimi Latip dan Pengerusi Wadah Pencergasan Ummah(WADAH) Ustaz Yaakob b Din
Ustaz Khairil Amri selaku pengarah program menjelaskan bahawa, program ini dibuat adalah untuk mengukuhkan silaturahim dikalangan ahli ABIM dan selain memberi sumbangan kepada ibu tunggal dan fakir miskin daerah Kinta dalam bentuk bekalan beras. Pada majlis ini kami memberi sebanyak 45 kampit beras berserta keperluan lain seperti tepung dan minyak kepada 45 ibu tunggal dan fakir miskin yang turut serta hadir dalam program berkenaan. Sumbangan beras ini diperolehi daripada sumbangan individu dan syarikat-syarikat korporat sekitar negeri Perak.Menurutnya lagi melalui program ini kita mahu membela nasib rakyat tanpa mengkira fahaman politik bangsa dan agama. Program seperti ini akan diteruskan lagi pada minggu hadapan didaerah Kuala Kangsar dan seterusnya ke daerah-daerah sekitar Perak yang lain. Sehubungan dengan itu kita mengharapkan lebih ramai penderma tampil memberikan sumbangan bagi menjayakan lagi program-program selepas ini.
Ucapan ringkas YDP ABIM Perak pula mengingatkan bahwa nilai sumbangan adalah tidak penting tetapi yang lebih bernilai adalah apa yang disumbangkan. Angkatan Belia Islam Malaysia berhasrat meneruskan program ini pada masa hadapan bagi membolehkan golongan ibu tunggal dan fakir miskin menikmati suasana ramadhan yang lebih bermakna seperti masyarakat Islam yang lain.
Beliau seterusnya memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tampil memberi sumbangan dalam bentuk wangringgit dan beras serta yakin ia akan memberi manafaat kepada ibu tunggal dan fakir miskin di negeri Perak.
Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini diserikan dengan takzirah dan bacaan tahlil sementara menunggu tibanya waktu berbuka.
Majlis yang dihadiri seramai 150 orang ini diserikan dengan takzirah dan bacaan tahlil sementara menunggu tibanya waktu berbuka.
No comments:
Post a Comment