Sunday, May 3, 2009



Elakkan Mencetuskan Ketegangan

Elakkan mencetuskan ketegangan di samping marilah sama-sama mencari jalan penyelesaian jangka panjang serta menguntungkan semua pihak! Itu adalah intipati ulasan yang diberikan oleh Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad ketika melayani pertanyaan yang dikemukakan oleh para wartawan yang menghadiri sidang media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dipengerusikannya pada petang tadi. Saudara Yusri juga turut menjelaskan bahawa beberapa pertemuan telah diatur di kalangan wakil-wakil NGO Islam pihak berkuasa yang berkenaan di samping pendekatan-pendekatan yang berbentuk objektif serta ilmiah untuk mencari penyelesaian kepada konflik membabitkan mahkamah sivil dan syariah serta kes-kes berkaitan.


Sidang media tersebut dianjurkan di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO yang bernaung dalam PEMBELA seperti JIM, ISMA, Darul Syifa, Al-Hidayah, MUAFAKAT, PEWARIS serta beberapa NGO lain.


"Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO Islam yang prihatin dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia. Senarai gabungan dan maklumat lanjut sila layari laman web rasmi
www.myislamnetwork.net".
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates