Wednesday, September 16, 2009

Perutusan Syawal 1430


Saya mewakili ABIMPerak ingin mengambil kesempatan bersempena kedatangan 1 Syawal 1430 ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Mudah-mudahan Ramadhan al- Mubarak yang baru sahaja meninggalkan kita berjaya menyuntikkan bekalan rohani dan jasmani jangka panjang demi meningkatkan kualiti diri kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia.

Hari raya bakal menjelma, ramadhan kan pergi meninggalkan kita. Entah masih berpeluang menemuinya atau tidak, itu urusan Allah SWT. Harapan yang menggunung ini, kita gandingkan dengan doa. Agar bertemu kembali bulan yang mulia.AMIN.

Mudah-mudahan Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang bulan yang penuh barakah itu dan mengurniakan kita kejayaan bagi melalui bulan-bulan yang berikutnya. Inilah masanya untuk kita memperbaharui azam dan mempertingkatkan komitmen kita untuk berjuang dengan sungguh-sungguh bagi meninggikan agama Nya setelah kita berjaya terbit dan lulus dari bulan tarbiyah sepanjang Ramadhan yang lalu sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Supaya agama ini zahir, menang mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin (as Saff : 9)

Kesempurnaan dicari bukan kemudahan atau perselisihan. Atas dasar ini, mencontohi Muhammad saw, sudah pasti dapat merealisasikan impian kesempurnaan yang dicita. Kerana Baginda adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau dahulu kita jadikan manusia selain baginda yang serba kekurangan sebagai idola, apa saja, kini kita kebarkan bendara sunnah Rasullullah SAW yang kian malap dek zaman fitnah. Jadikan matlamat ini sebagai satu contoh yang terbaik buat manusia sejagat.


Pelbagai ragam dan gelagat manusia menyambut ramadhan begitu juga menyambut syawal.
Semoga dengan terdirinya syawal membuahkan ganjaran yang tidak terhingga pada kita ummat Nabi Muhammad SAW.

Justeru itu, Marilah pada hari yang mulia ini kita seluruh umat Islam, berbekalkan semangat Ramadhan, bersatu di bawah panji-panji Islam dengan mengenepikan apa sahaja perselisihan dan perbezaan diantara kita, bersama melangkah dinaungi keredhaan Nya. Sessungguhnya urusan agama dan dunia insyallah akan dapat kita laksanakan dengan sempurna kiranya kita berjaya menyatukan persaudaraan kita di atas kalimah tauhid yang satu, berpadu menyelamatkan agama, bangsa dan Negara.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahhil Hamd

Yang Menerima Amanah
.........................................
Ramdani Abd Karim,
Pengarah Program Sekampit Beras Negeri Perak
Exco Penyelidikan dan Pembangunan ABIM Negeri Perak
Pen.Setiausaha ABIM Perak Tengah
Exco Majlis Belia Daerah Perak Tengah
Exco Majlis Perundingan Belia Negeri Perak

No comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates