Friday, August 28, 2009

Persidangan NGOs Islam


PERSIDANGAN GABUNGAN BERKAITAN ISU PEMBELAAN ATAS HAK SAUDARA BARU(MUALAF) DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KOTA BHARU, 22 Ogos : ABIM Negeri Perak telah diundang untuk menghadiri persidangan bersama Gabungan NGO-NGO Islam Kelantan yang diadakan dibangunan JKR10,Kota Bharu Kelantan. Persidangan peringkat tertinggi tersebut membincangkan 'AGENDA ISLAM DAN PERTUKARAN AGAMA' yang dihadiri oleh ABIM Kelantan,MACMA Kelantan,KIMA Kelantan,Persatuan India Muslim Kelantan,TERAS Kelantan, dan ABIM Perak. Persidangan julung kali ini adalah untuk mewujudkan beberapa portfolio berkaitan isu pembelaan kepada saudara baru,hadanah(tuntutan anak) bawah umur mengikut syariat Islam dan perlembagaan Malaysia.

Pada persidangan berkenaan, ABIM Perak diminta untuk memberi cadangan,plan tindakan dan langkah gerak kerja bagi memastikan kelicinan agenda tersebut bagi menghadapi beberapa kemungkinan yang mendatang.Deligasi dari ABIM Perak diwakili oleh YDP ABIMnegeri(Ustaz Suhaimi b Latip), TYDP(Ustaz Saidi b Adnan) Exco Pehubungan(Ustaz Khairil Ambri) dan Exco Penyelidikan dan Pembangunan(Sdra.Ramdani b. Abd Karim).

Pertemuan yang berlangsung selama 5 jam itu berjaya membentuk beberapa resolusi antaranya mewujudkan JAWATANKUASA BERTINDAK bagi kempen kesedaran,JAWATANKUASA KEBAJIKAN dan JAWATANKUASA BANTUAN PERUNDANGAN KHAS.ABIM Perak sekali lagi diberi pengiktirafan untuk memperincikan lagi resolusi berkenaan yang diwakili oleh beberapa Jawatankuasa peringkat perundingan pada rundingan seterusnya.

*Kediaman JKR 10,Kota Bharu ..bekas kediaman Dato Asri Muda..

No comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates