Friday, August 28, 2009

Bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat


ZIARAH TOKOH : TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ B NIKMAT DAN MANTAP TIMBALAN PREDISEN ABIM, USTAZ MUSTAPHA




PULAU MELAKA,KOTA BHARU 22 Ogos : Misi jalinan ukhwah ABIMPerak sesi 2009/10 dimulai dengan program ziarah ke kediaman Tok Guru Nik Adbul Aziz(Menteri Besar Kelantan) dan Ustaz Mustapha(Mantan Tim.Presiden ABIM) di sini.Atas semangat awal ramadhan, kami berbesar hati diatas sambutan kedua-dua tokoh tersebut.Mensifati keperibadian mereka, delagasi yang diketuai YDP ABIMnegeri berjaya menyatakan pendirian ABIMnegeri diatas beberapa isu mendesak ummat masakini.YDP dan exco negeri seterusnya mengambil kesempatan bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.Allahhukabar..


*Ramadhan pertama di negeri serambi Mekah:Kelantan

Persidangan NGOs Islam


PERSIDANGAN GABUNGAN BERKAITAN ISU PEMBELAAN ATAS HAK SAUDARA BARU(MUALAF) DAN HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK BAWAH UMUR MENGIKUT SYARIAT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
KOTA BHARU, 22 Ogos : ABIM Negeri Perak telah diundang untuk menghadiri persidangan bersama Gabungan NGO-NGO Islam Kelantan yang diadakan dibangunan JKR10,Kota Bharu Kelantan. Persidangan peringkat tertinggi tersebut membincangkan 'AGENDA ISLAM DAN PERTUKARAN AGAMA' yang dihadiri oleh ABIM Kelantan,MACMA Kelantan,KIMA Kelantan,Persatuan India Muslim Kelantan,TERAS Kelantan, dan ABIM Perak. Persidangan julung kali ini adalah untuk mewujudkan beberapa portfolio berkaitan isu pembelaan kepada saudara baru,hadanah(tuntutan anak) bawah umur mengikut syariat Islam dan perlembagaan Malaysia.

Pada persidangan berkenaan, ABIM Perak diminta untuk memberi cadangan,plan tindakan dan langkah gerak kerja bagi memastikan kelicinan agenda tersebut bagi menghadapi beberapa kemungkinan yang mendatang.Deligasi dari ABIM Perak diwakili oleh YDP ABIMnegeri(Ustaz Suhaimi b Latip), TYDP(Ustaz Saidi b Adnan) Exco Pehubungan(Ustaz Khairil Ambri) dan Exco Penyelidikan dan Pembangunan(Sdra.Ramdani b. Abd Karim).

Pertemuan yang berlangsung selama 5 jam itu berjaya membentuk beberapa resolusi antaranya mewujudkan JAWATANKUASA BERTINDAK bagi kempen kesedaran,JAWATANKUASA KEBAJIKAN dan JAWATANKUASA BANTUAN PERUNDANGAN KHAS.ABIM Perak sekali lagi diberi pengiktirafan untuk memperincikan lagi resolusi berkenaan yang diwakili oleh beberapa Jawatankuasa peringkat perundingan pada rundingan seterusnya.

*Kediaman JKR 10,Kota Bharu ..bekas kediaman Dato Asri Muda..

Hormati keputusan Mahkamah Syariah

Hormati keputusan Mahkamah Syariah

Keputusan hukuman sebatan dikenakan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno, yang telah diputuskan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Kuantan, ditangguhkan pelaksanaannya dan mengundang pelbagai polemik. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan polemik ini tercetus kerana masyarakat masih tidak faham dengan pelaksanaan undang-undang sebatan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah ini.Ada yang gerun lalu menentangnya kerana momokan hukuman sebatan ini sangat kejam kerana membawa kepada kecederaan kekal, mengaitkannya dengan gambaran negatif pelaksanaan sebatan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Prosedur Jenayah 1998.

ABIM ingin mengingatkan hukuman sebatan ini telah diperuntukkan di bawah kuasa negeri di mana Raja adalah bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama termasuk dalam hal pelaksanaan undang-undang syariah yang diperuntukkan di bawah enakmen/akta negeri masing-masing.Di Malaysia, khususnya di bawah peruntukan Undang-undang Jenayah Islam negeri, pelaksanaan bagi hukuman sebat bagi pelbagai kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah diperkenalkan dan dilaksanakan.

Namun demikian, setakat ini hanya negeri Kelantan dan Pahang sahaja yang telah melaksanakan hukuman sebatan ini. Kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah bagi hukuman kesalahan jenayah syariah juga sangat terhad iaitu denda maksimum sebanyak RM 3,000, lima bulan penjara dan enam kali sebatan.
Mahkamah Yang Mulia sedang menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya mengikut peruntukan perlembagaan walaupun kuasa yang diberikan sangat terhad. Selain peruntukan berkaitan pelaksanaan hukuman sebatan di Mahkamah Syariah, terdapat juga peruntukan lain berkaitan kaedah dan pelaksanaan hukuman sebat yang merangkumi alat digunakan untuk sebatan dan tatacara pelaksanaannya. Malah, kaedah dan pelaksanaan sebatan ini sangat berbeza dengan pelaksanaan di Mahkamah Sivil sepertimana yang diperincikan di bawah Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Syariah 2002 Negeri Pahang.

Justeru ABIM menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan di Pahang menjatuhkan hukuman sebatan dan denda terhadap Kartika dan hentikan tohmahan yang dilemparkan kepada Mahkamah Syariah kerana dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. ABIM juga ingin menegaskan bahawa undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri dan apabila Mahkamah Syariah telah memutuskan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang negeri, yang juga berada di bawah kuasa raja di negeri tersebut, maka kerajaan persekutuan tidak boleh mencampuri urusan tersebut kerana ia adalah kuasa eksklusif negeri yang diperuntukkan dengan jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Apa-apa jua keadaan sekalipun, hanya Mahkamah yang berbidang kuasa sahaja (dalam kes ini mahkamah syariah itu sendiri) yang boleh mengeluarkan perintah penggantungan tersebut di atas alasan rayuan yang dikemukakan atau apa-apa alasan lain yang munasabah di sisi hukum syarak.ABIM melahirkan kekecewaannya terhadap campur tangan Peguam Negara yang dilihat bertindak atas desakan pelbagai pihak termasuk tekanan dari luar negara. Yang jelas, Kartika mengakui kesilapannya dan memilih menjalani hukuman tersebut dan pilihan tersebut harus dihormati.

Ternyata, prinsip Kartika Sari dan keluarganya sangat menghormati undang-undang dan menjunjung tinggi perintah Mahkamah Syariah wajar dipuji dan dihormati. Isu ini tidak perlu dipolemikkan dan dikelirukan. Malah sewajarnya semua pihak dianjurkan menghormati keputusan Mahkamah Yang Mulia ini dan pendirian Kartika Sari dan keluarganya dalam mempertahankan undang-undang Islam di Malaysia.

Thursday, August 27, 2009

Perkasakan kembali syariah di Malaysia

Tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah kerana ia pernah dilaksanakan di Kelantan, kata Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

"Pada April lalu, satu persidangan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mendengar makluman daripada pegawai-pegawai penjara yang menyatakan bahawa mereka telah dilatih untuk melakukan hukuman sebatan ini dan bersedia sekiranya ada apa-apa hukuman dan mereka akan laksanakan," kata Presiden PGSM Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kelmarin yang menyebut bahawa hukuman ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.

Mohamad Isa menambah, kegagalan melaksanakan hukuman tersebut berpunca daripada "kelemahan" Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enakmen syariah Pahang telah lama berkuatkuasa dan mahkamah tentu mengetahui wujudnya kepakaran itu.

"Pihak mahkamah syariah Kuantan pula mengeluarkan perintah tersebut, mereka tentu sudah tahu (ada tukang sebat). Takkanlah lepas jatuh hukuman baru nak cari tukang sebat?" katanya.

"Kita kena tengok juga enakmen pentadbiran undang-undang Islam di negeri Pahang ini sudah lama, sejak 1987 lagi, tentang sebatan dan prosedur pelaksanaan hukum sebatan ini.

"Tidakkan selama ini KDN tidak menyedari tidak ada tukang sebat. Sebab itulah kami kecewa dengan kenyataan (Hishammuddin) tersebut," tambahnya.

Jelasnya, hukuman sebat secara syarie pernah dijalankan di Kelantan beberapa tahun lepas di penjara Pengkalan Chepa.

PGSM yang bergabung dalam Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengadakan sidang akhbar khas di Kuala Lumpur sebagai reaksi kepada kenyataan beberapa pihak berhubung hukuman terhadap model sambilan itu.

Selain PGSM, Pembela turut disertai antaranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, seorang kakitangan Jabatan Penjara Kelantan mengesahkan sebatan secara syarie pernah dijalankan di penjara di negeri itu.

Beliau, yang enggan dikenali, bagaimanapun tidak dapat menyatakan tahun ia dilaksanakan tetapi yakin ia melibatkan seorang pesalah lelaki.

"Kalau ikut peraturan kita (peringkat persekutuan), memang tidak boleh sebat orang perempuan. Tapi kalau mahkamah syariah kata boleh, bolehlah," katanya lagi.

Ditanya sama ada penjara menyediakan kakitangan khas untuk menyebat pesalah wanita, sumber itu berkata: "Setakat ini kita tidak ada tukang sebat untuk pesalah wanita."



* "Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka".

Monday, August 24, 2009

Ketika Cinta Bertasbih..Nantikan Tayangannya.

Wednesday, August 19, 2009

Jadual Berbuka Puasa 1430H


Monday, August 17, 2009

Ramadhan Bulan Berkat

Thursday, August 13, 2009

Pergi tidak kembali..1969-2009



Perginya Tidak Kembali

Wednesday, August 12, 2009

Permata Pengilap Dunia

Asri Rabbani mati mengejut
Ogos 13, 09 11:59am
kemaskini 1.12pm Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.


Penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.Menurut seorang anggota Rabbani, yang ditemui di hospital swasta itu, Asri mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit dada pada sebelah pagi.

Jenazah beliau akan dibawa ke Shah Alam selepas ini. Turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan beberapa pegawai kementerian berkenaan.


*Seluruh warga pendakwah kehilangan permata yang mengilap dunia..Penulis mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham...Al-Fatihah

Monday, August 10, 2009

Insaf akan tanggungjawab.

Insaf akan tanggungjawab.

10 Ogos 2009 jam 9.30pg, Penulis menerima panggilan telepon dari YDP negeri.
"Assalammualaikum sheikh..ptg ini enta kena ready untuk Press Statement Kempen Sekampit Beras.Selaku pengarah, enta kena bercakap bila temubual.Ana dan barisan Exco akan sama-
sama enta ptg nnt"

Allahukbar,,,kerdilnya diri penulis untuk berpetah-petah dan merasa terlalu besar tanggungjawab penulis sekalu pengarah program.Jam 10.00pg penulis terus membuka fail dikomputer, melihat kertas kerja yang berkaitan untuk persedian petang nnt. Satu demi satu diolah dengan penuh tertib dan berhati-hati. Ditakuti ada kesalahan yang tidak disengajakan bila ber'sajak' dengn kertas kerja. Dari Pendahuluan ke banner program diperiksa dengan penuh teliti dan susila.Dengan coretan dan penaipan satu persatu, kesalahan ejaran dan bahasa yang menjelma dari semangat gerakan disentuh dan dicanai sebaik mungkin.

Sang matahari sedikit gelincir dari koordinat justeru menjelmakan petang.Gemuruh dek gelora perassan seakan lucut dari hati sanubari semata untuk mengimbangi nasib yang kurang terbela.Malah,skrip temubual tercipta sendiri dengan tulisan minda.Hanya menunggu saat untuk dicurah atas tinta dan helaian kertas.Penulis terus bergegas dengan sedikit persiapan mental yang kemas diacu berjam2 lamanya..Hanya 1 matlamat..Insaf pada tanggungjawab.

Menyesuluri susur ke Seketariat ABIM negeri, penulis menerima sms. "Terus Ke Maahad untuk sesi perjumpaan..."Segagah itu jualah penulis meletakkan kepentingan pemimpin untuk dipatuhi.Wala' kepada pimpinan itu satu yang pasti selama terletak pada kebenaran dan keadilan. Inilah ertinya perkataan indah dalam gerakan. Hukum dan syariat terbina pada dasar gerakan ABIM..Ikatan ukhwah antara Umara',ulama dan rakyat bawahan sentiasa bersendi Islam dan semangat kebersamaan.Nilai Kebergantungan antara satu dangan yang lain sama-sama dijaga dan dipelihara...

Thursday, August 6, 2009

Kenyataan Media Pimpinan Baru ABIM Pusat

KENYATAAN MEDIA 4 OGOS 2009 / 13 SYAABAN 1430 H - BARISAN PIMPINAN BARU ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA


Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM yang ke-38 di Dewan Besar, Sekolah Agama Menengah

Tinggi Tengku Ampuan Jama’ah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, telah menyaksikan

pertukaran kepimpinan ABIM untuk sessi pimpinan 2009 sehingga 2011.


Muktamar ABIM telah sebulat suara memilih Muhamad Razak Idris sebagai presiden. Beliau bertugas

sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala jawatan

timbalan presiden telah disandang oleh Amidi Abdul Manan, yang merupakan seorang pendidik di sebuah

sekolah di Pahang. Berikut adalah pimpinan ABIM untuk sessi 2009 / 2011

Naib Presiden: Ahmad Saparuddin Yusup

Khairul Faiz Morat

Fadhlina Siddiq

Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim

Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin

Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel

Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor

Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli

Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim

Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah

Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin

Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah

Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (IT dan Perhubungan): Adli Abdul Wahid

Kepimpinan baru ABIM komited untuk sama-sama menyumbang dalam proses

pembinaan generasi belia Islam secara khusus dan masyarakat secara amnya ke

arah pembentukan negara Malaysia yang sejahtera.


MOHAMAD RAIMI ABDUL RAHIM
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Wednesday, August 5, 2009

Kenyataan Media 3 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 H - ABIM Gesa Kerajaan Percepatkan Proses Penggubalan Undang-Undang Baru Menggantikan ISA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini dapat dielakkan dari berterusan. Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

ABIM juga ingin meminta masyarakat supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.

‘Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan’
MUHAMAD RAZAK IDRIS

Presiden,
*penulis selaku Exco Negeri yang dipilih pimpinan menyokong penuh pandangan dan saranan presiden.

PEMBELA

Tuesday, August 4, 2009

Kempen Sekampit Beras


Jomlah Beramal.


 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates