Saturday, December 6, 2008

Kajian Akal dan Kedudukannya Dalam Islam...Siri 1

Akal dan Kedudukkannya Dalam Islam : Antara Kepentingan dan Keutamaan

Dalam membicarakan karya-karya Tradisional Islam,Al-Alq(Akal) diutarakan sebagai satu unsur terpenting dalam diri manusia.Malah unsur pentakrif yang membezakan manusia dari makhluk-makhluknya yang lain.Namun terdapat sesetengah menilainya dari sudut yang negetif terutama yang berkecenderungan untuk mempertengtangkan akal dengan agama.

Bagi mereka penggunaan akal bagi memahami sesuatu adalah pendekatan dan kecenderungan
yang merosakkan kerana ia akan membawa manusia jauh dari agama.Akal ditafsirkan sebagai rendah martabatnya dalam membuat sesuatu penilaian.Lebih jauh, sesetengahnya berpendapat bahawa ia merupakan 'alat' yang menyesatkan.Lantaran itu, ilmu-ilmu yang berkaitan agama yang asasnya akal seperti Ilmu Mantik, Falsalah dan Kalam ditegah untuk mempelajarinya.Mereka menyatakan ilmu-ilmu ini terpengaruh dengan faham-faham akliah(pengAkalan) yang tidak berdasarkan Wahyu. Justeru, Taksiran Al-Quran yangdikatakan berdasarkan akal seperti tafsir Mafatih al-Ghayb oleh Imam Fakhr al-Din al-Razi dan al-Kashshaf karangan al-Zamakhshari diragui kandungannya hanya kerana kecenderungan pengarangnya untuk memberi analisi-analisi akliah mengenai beberapa perkara dalam pentafsiran ayat-ayat suci.

Bagi meneliti pensoalan secara terperinci,penulis berusaa untuk merungkai kefahaman mengenai akal bersandarkan panduan wahyu di samping melihat tafsiran serta pandangan para sarjana Islam mengenai kedudukan akal..

Nantikan Kajian Akal dan Kedudukannya Dalam Islam...Siri 2

No comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates