Saturday, December 6, 2008

Bukit AntarabangsaDec 6, 08 8:13am

3 terbunuh, tanah runtuh di Bukit AntarabangsaDec 6, 08 8:13am
Tiga orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya.Manakala lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibuSementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ."Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.Thajudeen tidur di rumah ibuSementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.
Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ."Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

No comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates