Tuesday, February 16, 2010

Jalankan Siasatan Serta Ambil Tindakan Tegas.

Jalankan Siasatan Serta Ambil Tindakan Tegas.
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat kes penyiaran komentar yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam lamanweb sosial Facebook seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini. Ini memandangkan penyiaran komentar ini menggambarkan betapa rendahnya keprihatinan sesetengah pihak akan sensitiviti isu-isu tertentu di kalangan umat Islam, kata Setiausaha agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim. Semalam, seorang pegawai eksekutif sebuah syariat keselamatan, Mohamad Faizal Abdul Raub mmembuat laporan polis terhadap seorang wanita yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dalam Facebook, baru-baru ini.

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Travers di ibunegara kira-kira jam 11.30 pagi. Mengulas lanjut, Mohamad Raimi berkata ABIM khuatir jika fenomena ini dibiarkan berterusan, ia akan membuka ruang kepada perbincangan yang tidak sihat dan mampu merobek keharmonian hubungan di antara kaum di negara ini.

"Kebimbangan ini dilatari dengan kemunculan beberapa isu sensitif yang dikaitkan dengan para pengguna lamanweb sosial semenjak kebelakangan ini," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, menyedari implikasi besar terhadap kestabilan politik negara, (maka) ABIMmenggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan secara terperinci dibuat oleh pihak berkuasa serta mengenakan tindakan yang tegas berdasarkan kepada undang-undang serta enakmen-enakmen yang berkaitan sebagai suatu pengajaran.

ABIM menyeru agar setiap lapisan masyarakat agar memahami serta menghormati sensitiviti yang sedia ada di kalangan pelbagai kaum dan agama di negara ini dalam medium interaksi terbuka seperti Facebook dan lamanweb soal, untuk mengelak sebarang implikasi negatif terhhadap persefahaman, keharmonian, tolenransi dan sensitiviti masyarakat majmuk di Malaysia.

No comments:

 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates