Dari Kebenaran melahirkan Keadilan
Menjengah udara segar 1 Ogos 2009, perjalanan dengan misi dan visi perjuangan jemaah tidak tergugat.Alhamdulillah..berkat keizinan, penulis ditemani rakan yang sama-sama berada dalam perjuangan agama-bangsa bergandingbahu menghadiri MUKTAMAR TAHUNAN ABIM ke38 peringkat kebangsaan.Hiruk pikuk perjalanan yang di'tempoh'kan diselangi beberapa agenda 'Kemalangan' dan agenda 'Sekat dan Sukat Jalan' sedikit pun tidak mengugah semangat dan kewarasan minda untuk bermuktamar.Sekali lagi berjaya didahului dengan aman dan tenteram.
Mesej dan slogan 'Pembinaan Generasi Prasyarakat Kebangkitan Ummah' berjaya membina momentum dan semangat yang tersendiri. Seruan yang dilaungkan bukan sahaja mendetik dihati malah di'skrip' melalui displin dan penjelmaan peradaban ilmu.Justeru penoktahan kepada perjuangan tidak berakhir kerana ia baru sahaja bermula.
Sebagai medan dan jurubicara ummat, ABIM dengan tradisi keilmuan menyuntik dan bersungguh-sungguh mempersiapkan sebarisan generasi yang paling berpotensi untuk mencentus kebangkitan ummah yang membelenggunya.Dengan latar belakang itu, penghayatan perlulah mengalami pembugaran semula dalam menjayakan misi pembinaan generasi yang merangkumi tugas sebagai pemurni dan penegas fikrah,pentarbiah serta pakar strategi sosio-politik semasa.
Dalam penggarapan dan nilai tambah kepada gerakkan ABIM,penulis amatlah bersetuju kiranya saf pimpinan sedia ada kini menyediakan kelompok para jemaah yang menghadami dan memahami tugas ahli sebagai pendokong perkembangan ilmu secara teori dan praktikal dalam pelbagai bidang.Menerusi pembinaan Manhaj-Ilmiah Ruhaniah penulis berharap pemurnian antara sosok tubuh ummat dan pemikiran teoretikal berjaya terbina seterusnya menekuni mesej besar ABIM sebagai gerakkan tersohor ummah..Insyaallah.
Demi Kebenaran dan Keadilan
R&D ABIM Negeri Perak
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment