Monday, June 29, 2009
Manhaj Malizie.
Membincangkan pertembungan manhaj malizie, satu kajian khusus perlu diperhalusi agar makna dan sifat yang mempertembungkan manhaj dan malizi itu menembusi akliyah sebenar ummat. Kefahaman dan kesejagatan realistik perlu diambik kira demi meletakkan nilai relevan manhaj malizi itu sendiri.
Dengan kajian dan pemdedahan bahan-bahan yang beroutorit,aspek pembaharuan konsep manhaj malizi ini mampu diperkasa dan dibugarkan Memetik bahan perbincangan yang dibentangkan dalam Seminar Dakwah Kebangsaan iaitu Memahami Pendekatan Dakwah Manhaj Malizie pada April 2007 secara total perlu meletakkan prinsip wasatiyyatul Islam(keserderhanaan Islam) pada tempatnya. Salah satu unsur wasatiyyah yang dijalankan ialah dengan memgabungkan orientasi salaf iaitu tradisi amalan Islam generasi awal dan tajdid iaitu prinsip pembaharuan nilai-nilai keagamaan.
Manhaj Malizie : Pembentukan Negara ‘Jelas dan Nyata’
Secara tegas dinyatakan bahawa, perkara dasar persoalan ini adalah merujuk kepada pendekatan ketidakbergantungan secara totok kepada gerakkan Islam semata-mata khususnya ABIM.Kita seringkali terbawa dan terikut serta mencontohi gerakan islam lain diluar seperti Ikhwan Muslim di Timur Tengah dan Jamat Islami di India dan Pakistan. Justeru itu gerakan Islam di Malaysia perlu mengubahpandu maudu’ ini selaras dengan kehendak dan suasana setempat. Ini tidak membawa maksud untuk kita mengubah prinsip asasi gerakan Islam tetapi memyesuaikan nilai astatika mengikut kesesuaian tempat(uruf) dan keadaan.
ABIM sebagai gerakan dakwah tersohor perlu mempunyai pendekatan tersendiri dengan mengambilkira persekitaran dalam lingkungan yang bersesuain dengan konsep keMalaysiaan.Jika di Iran pendekatan Siyasah Revolusioner dibawa dalam pakej langsung berjaya merubah kenegaraan negara tersebut, tetapi kaedah dah kesesuaian sedemikian sebenarnya tidakalah bersesuaian dengan konsep keMalaysiaan yang diterajui oleh gerakan-gerakan Islam Malaysia.ABIM perlu bergerak sebagai satu ejen, bukan sebagai extenxion dan carbon copy semata.Keberlangsungan dari premis bahawa Alam Melayu mempunyai cabaran-cabarannya yang tersendiri dan sudah pasti memerlukan formula dan model dakwah tersendiri untuk menanganinya.Melalui manhaj yang terbina,gerakan perlu menyaring pendekatan-pendekatan yang dikemukakan oleh gerakan Islam yang lain disamping menyesuaikannya dengan konteks negara Malaysia dan Alam Melayu.
Aspek yang wajar diberi perhatian secara langsung adalah dari sudut siyasah dengan mengambil persekitaran semasa. Perdebatan secara khusus Manhaj Malizie sering dikaitkan dengan siyasah. Namun sebagai gerakan yang berlandaskan kepada pemaksimuman non-partisan atau lebih dikenali sebagai independent political force ABIM sebolehnya terus relevan dalam memperjuangkan satu pendekatan yang bukan terlangsung hasil pengaruh daripada pengaruh kepartian. Mengambil tauladan pendekatan perpaduan dan pemersatuan di kalangan parti politik ABIM mengambil jalan dengan menyumbang kepada pembangunan negara yang berperanan sebagai ‘Rakan Dalam Pembinaan Negera’ (partner in nation building)
Manhaj Malizie : Pembentukan Agama ‘Jelas dan Nyata’
Melihat dari sudut keagamaan pula, adalah amat perlu untuk kita menterjemahkan konsep keserderhanaan dalam Islam(Wasatiyyatul Islam) itu sendiri. Seperti yang dijelaskan dalam mukkaddimah sebentar tadi, wasatiyyatul Islam perlu mengabungkan orientasi salaf dan tajdid. Dengan adanya konsep pengabungan yang sedemikian manhaj malizie akan terus menjadi medan mengekalkan warisan lama disamping bersifat realistik dengan hak-hak semasa dan faktor persekitaran.Garis panduan yang menjadi label teras yang sedemikian akan menjelmakan prinsip keterbukaan seluas-seluas disamping dibatasi dengan asas pemikiran salaf sebagai prinsip utama yang perlu diperlihara.
Seterusnya pembikinan negara melalui faham siyasah syari’ah perlu mengambil kira faktor bermasyarakat majmuk dari segi ras, agama, bahasa, dan adat istiadat. Menghadam pendekatan yang sedemikian sememangnya perlu lebih sederhana dan realistik terutama kepada bukan Islam. Keharmonian dan keluhuran Islam itu perlu didokong sebagai satu sumber kesempurnaan supaya Islam diterima dengan hati dan jiwa terbuka tanpa ada sebarang keterpaksaaan.Satu karya yang dihasilkan dalam buku Isu-isu Dalam Pemikiran Islam:Pengukuhan Manhaj Malizi Melalui Pemerkasaan Budaya bingkas menyatakan cadangan dengan membawa pendekatan “Nilai Islam Instrinsik” iaitu penekanan kepada nilai-nilai dalaman Islam yang universal, pendekatan tidak berkonfrantasi, iaitu mengambil kira soal memikat hati disamping memaparkan kebenaran Islam dan pendekatan “Refined” iaitu mengkaji latarbelakang mad’u dengan mendalam serta memberi jawapan yang khusus dan fokus kepada sesuatu masalah yang dihadapi
Secara umumnya, Manhaj Malizie dapat digambarkan sebagai pendekatan penyesuaian.Ianya bukan sebagai pemisah kepada metode keagamaan di Malaysia dengan pendekatan Islam secara menyeluruh sehingga menggambarkan bahawa Islam mempunyai pelbagai wajah dan bersifat Pluralis. Ia sekadar menunjukkan bahawa dalam beberapa aspek cabangan dan pelaksanaan, suasana persekitaran termasuk aspek geografi, cara berfikir dan uruf setempat memainkan peranan penting dalam memgembangkan sesuatu faham keagamaan. Kepelbagaian di peringkat perlaksanaan ini bukanlah sesuatu yang baru dalam Islam kerana ia telahpun wujud sejak zaman awal Islam lagi apabila manhaj-manhaj fikah yang berbeza juga wujud disebabkan persekitaran dan lingkungan geografi yang berbeza.
Manhaj Malizie : Cermin Kebijaksanaan Dakwah Islam di Malaysia.
Dalam tradisi ilmu Islam dan hikmah seperti yang dihuraikan oleh Prof.Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam buku Islam and Secularism (Kuala Lumpur:ISTAC, 1993) merujuk kepada “pengetahuan mengenai tempat letak duduk” ia merupakan salah satu daripada ibu kepada segala sifat keutamaan (ummahat al-fada’il) yang amat rapat dengan prinsip keadilan.Manhaj Malizie yang berpaksikan kebijiaksanaan dan keserderhanaan tidak harus dilihat hanya sekadar penyataan perbezaan yang harus diambil oleh gerakkan disebabkan perbezaan lingkungan atau sekadar tindakbalas terhadap kritikan sesetangah pihak.
Justeru itu, Manhaj Malizie perlu dipopularkan sebagai manhaj ilmi, manhaj yang berdasarkan kekuatan hikmah dan tradisi ilmu. Dari pandangan falsafah (epistemologi),manhaj malizie sebenarnya adalah sealiran dengan manhaj yang dibawa oleh Ahl Sunnah wa al-Jama’ah. Pendekatan seumpama ini seimbang antara akal dan naqal yang mengambil ‘illah dalam mengeluarkan hukum dan mengambil kira mashalah setempat.Ia harus dilihat sebagai manhaj Islam yang sebenar, manhaj sejagat yang harus dilaksanakan bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di mana-mana sahaja.
Manhaj Malizie ini tidak harus dilihat disebagai produk mutakhir yang terputus dari hakikat sejarah pendakwahan Islam di tanah air dan rantau ini. Gerakan Islam perlu peneruskan pengembangan Islam yang telah dilakukan oleh ulama-ulama nusantara yang telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh gugusan Alam Melayu dengan cepat tanpa menumpahkan darah.
Manhaj Malizie : Memperkasa Budaya Ilmu Seiring Dengan Arus Perdana.
Dalam menghadapi cabaran baru dunia masakini kita pelu menghadapi beberapa pemikiran yang berbagai bentuk dan keadaan. Bukan sahaya pencetus kepada perubahan tetapi membantu dan melakar kepada beberapa aspek yang turut membantu ummah mempersiapkan diri mempertahankan institusi ketamadunan umat dan tindakbalas lebih mantap. Justeru itu, sebagai langkah penerus kepada haraki Manhaj Malazie berkenaan, antara yang dapat lakukan adalah :
Orientasi keilmuan yang mesti diteruskan dan diperkukuhkan secara bertahap dan konstistan.Umat Islam seharus dan semungkinnya dapat memperdalami beberapa persoalan umum terutama yang menyentuh kepada asas ilmu salaf, kalam dan mantiq,Tafsir serta Mustalah al-hadis. Ini kerana cabaran dan mandat yang berbentuk pemikiran tersebut amat berkaitan dengan displin-dipsliin ilmu yang akan memberikan landasan kefahaman umat yang mantap terhadap konsep manhaj malizie itu sendiri.
Bahan-bahan bacaan perlu melewati batas-batas yang bersifat ketamaduanan.Cabaran-cabaran yang berbentuk haraki perlu menggali semula khazah yang menyediakan tindakbalas yang lebih mantap. Premis yang mendasari aliran-aliran menjadi cabaran kuat dalam kita menyaingi serangan yang datang dari aliran liberal yang mencanangkan Hermeneuika Al-Quran.Justeru itu masyarakat dan ahli gerakan perlu mengambil manfaat daripada ketamadunan,persiapan akliah dan diniah supaya ahli dan masyarakat akan lebih mantap. Sekurang-kurangnye membuka spektum kefahaman mereka kepada agama dengan lebih luas
Institusi pendidikan yang bebentuk kesampingan seperti halaqah,usrah dan kuliah-kulaih awam harus diperhebat dan diperkasa. Sekurang-kurangnya menjadi alternatif yang lebih membawa kepada pengisian ilmiah yang lebih meluas. Tradisi-tradisi ilmu yang membahaskan displin-displin perlu dirancang rapi dari segi bentuk dan bahan perbincangan sudah semestinya dapat menghasilkan natijah ilmiah yang cukup baik kepada ahli gerakan.
Bahan Rujukan:
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam and Secularism.(Kuala Lumpur:ISTAC, 1993,)
Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir vol.7 (Bayrut: Dar al-ihya al-turath al-Arabi, 1997)
Kertas kerja ringkas: Seminar Dakwah Kebangsaan; Memahami Pendekatan Dakwah Manhaj Malizie anjuran ABIM dan PKPIM pada 20 April 2007 di Anjung Rahmat, Gombak.
Ahmad Azam Abdul Rahman, Memugar Idealisme Pejuangan, Ucapan Dasar Presiden ABIM dalam Muktamar Sanawi ke-27 (ABIM,1998)
Monday, June 8, 2009
Wednesday, June 3, 2009
Isu Manohara
Krisis rumahtangga Kerabat Diraja Kelantan (Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dengan Isterinya, Manohara Odelia Pinot) menjadi isu besar kedua-dua negara.Tuduhan yang agak berat dan serius terhadap Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra dan institusi Diraja Kelantan oleh bekas modelling Indonesia ini seharus dan seamatnya ditangani dengan bijak dan berhati-hati.
Mindaramadhan melihat isu ini perlu disiasat secara teliti dan baik demi membersihkan imej kedua-dua belah pihak.Dalam isu sebesar ini saya menyokong padangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) yang menyarankan agar pihak berkuasa tidak melihat sahaja perkara ini, tetapi perlu menyiasat dakwaan tersebut di samping mendapatkan jawapan di pihak Tengku Temenggung mahupun dipihak Manohara sendiri.Krisis yang memungkinkan pandangan negetif media antarabangsa sebegini perlu meletakkan nilai-nilai keadilan pada yang hak. Disamping mengamalkan pembelaan tanpa perjudis. Kita tidak mahu isu-isu yang sebegini terus mencemari nilai-nilai kemuliaan Malaysia pada pandagan umat-umat dunia..Tanganilah dengan bijak dan berhikmah..mindaramadhan mendoakan kedua-dua pihak mencapai kefahaman secara penyelesaian terbaik.AMINNN..
Isu Maizawati
Juga antara yang mendapat liputan media Malaysia.Selepas selesainya kes penceraian Abby Abadi yang mengemparkan industri tanah air dengan 'tertangkap basahnya' Norman dengan Memey kini timbul pula isu pergolakan rumahtangga Ustaz Akhil Hayy. Inilah dunia selebriti tidak putus-putus dengan isu pergolakan rumahtangga. Kalau dulu isu sebegini cukup menjadi 'kerahsiaan', tetapi pada zaman yang pernuh dengan ONLINE isu 'kerahsian' menjadi isu 'keterbukaan'. Cukup bahaya..dan cukup bahaya! mindaramadhan berhadap isu Akhil Hayy menjaya ditangani dengan baik dan bijaksana . Kepada yang dicop 'pihak ketiga' rasanye eloklah mendiamkan diri terlebih dahulu.Atas semangat aman dan shahih, mindaramadhan berharap ada jalan penyelesaian terbaik yang hakiki demi menyenangkan semua pihak.
Isu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Mengemparkan dan memalukan!! Runtuh 1 monumen sukan bertaraf jutaan ringgit..Aib dan terus mengaibkan.Bagaimana stadium yg dibina begitu hebat rekabentuknya boleh menyembah bumi? Bagaimana?Bagaimana?Bagaiman?Bagaimana? dan bagaimana?.Projek stadium yang menelan belanja RM270 juta itu, yang dirasmikan pada 10 Mei 2008, mengalami kerosakan yang begitu teruk, walaupun usianya baru mencecah setahun.Amat malang bagi dunia sukan Malaysia. Dimana silapnya?..Klu diimbas, isu Jejambat MRR2 juga turut berada dalam situasi sebegini.Jejambat yang menelan kos 'Kepok'an RM juga mengalami stuktur tidak kukuh dengan mengalami keretakan yang memaksa pengunaanya diminimakan.Alhamdululillah ketika itu MRR2 tidaklah runtuh sepertimana yang berlaku di Terengganu. Pihak kerajaan tidak kira 'Barisan' mahupun 'Pakatan' bersegeralah membendung segala jenis runtuhan..tidak dikesampingkan keruntuhan akhlak dan keruntuhan agama itu sendiri. Usah kita bergegar memperdebatkan isu runtuhan bangunan tetapi keruntuhan akhlak muda mudi Malaysia tidak pula kita perjuangankan. Berdirilah Demi Kebenaran dan Keadilan.
MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-55
Jika Muktamar Pas tahun lepas menyentuh isu muqabalah bersama UMNO menjadi topik hangat dewan..nampak gayanya isu yang sama seakan berbangkit.Walaupun ditenggelami pelbagai isu yang memeranjatkan dunia politik tanah air, PAS masih dibelenggu isu hangat yang seolah-olah tiada sudah...
Isu Gabungan dengan UMNO!!
Spekulasi yang berlegar dan panas dikalangan ahli PAS sekali lagi dijawab oleh Pimpinan Tertinggi PAS Pusat yang mana tetap menyatakan bahawa tidak ada usaha untuk bersengkongkol dengan UMNO BN.Namun yang menjadi persoalan dan perkiraan mindaramadhan kenapa ada usaha-usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS ini?Seolah-olah ada segolongan puak-puak tertentu yang memainkan sentimen dan spekulasi percantuman 2 kuasa politik yang cukup berpengaruh ini. Hairan dan ajaib..
Apapun mindaramadhan sebagai individu yang tidak memihak kepada sebarang fahaman politik berharap tidak ada unsur-unsur yang membawa perpecahan Islam..AMINN.
Monday, June 1, 2009
CAMBODIAN ISLAM KULIAH DHUHA ASSOCIATION(CIKDA)
MEMOHON DERMA UNTUK MEMBELI TANAH WAKAF ( KEBUN GETAH) UNTUK GURU KULIAH DHUHA
2. PENDAHULUAN
Di atas kelangsungan dan kesejagatan ummah,sebuah badan bukan kerjaan(NGO) yang bernaung dibawah kerajaan Kemboja terus berusaha menegakkan syiar Islam. Jihad menegakkan kesucian agama Islam yang berlegar kira-kira 14 juta penduduknya masih memerlukan sokongan dan dokongan. Menyedari akan kepentingan itu,secara ’matematik’nya masih terlalu sedikit untuk di perlaungkan disegenap pelosok negara Kemboja. Kini status setengah juga ummat Islam telah berjaya di acu oleh NGO ini dan diatas semangat dan kejituan itu, CAMBODIAN ISLAM KULIAH DHUHA ASSOCIATION(CIKDA) masih memerlukan dana dan sumber yang cukup besar supaya misi dan visi memperdegungkan mesej Islam terus jelas dan dihadami diseluruh penduduk Kemboja khususnya. Justeru itu, kami diseketariat CIKDA memohon dengan rendah hati sebarang bentuk sumbangan wang ringgit bagi menjayakan matlamat tarbiah Islam seiring dengan perkembangan modenisasi,humanisasi dan seumpamnya. Zahirkan sumbangan anda. Insyaallah saham akhirat itu pasti jawabannya..AMIN.
3. SASARAN
Kepada seluruh Umat Islam DiMalaysia
4. OBJEKTIF
Membiayai gaji guru yang mengajar sepenuh masa di seluruh Wilayah Kampung Cham Kemboja
Meningkatkan ekonomi umat islam di Kampung Cham
Menjadikan uamat islam di kemboja lebih berdaya saing dengan masyarakat bukan islam disana
5. AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN KULIAH DHUHA KEMBOJA
PENGERUSI : UST. ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL
PENGERUSI KULIAH DHUHA
TIM. PENGERUSI : HAJI YUSUF BIN MOHD KECHIK
TIMBALAN PENGERUSI KULIAH DHUHA
SETIAUSAHA : HJ MUSA B. AHMAD
TIMBALAN IMAM WILAYAH KAMPUNG CHAM
BENDAHARI : SDRA. ABDUL KADIR B. IBRAHIM
6. KOS PEMBELIAN TANAH
TANAH SELUAS 12 HEKTAR RM 130,000.00 (US35000.00)
PROJEK PENANAMAN SEMULA ANAK POKOK GETAH RM 50000.00(US1300.00)
JUMLAH BESAR =RM 180,000.00 (US48000.00)
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui cek atas nama CAMBODIAN ISLAM KUL;IAH DHUHA ASSOCIATION memasukkan terus kedalam akaun Public Bank (Kemboja) A/C 610,00085-0 / TEL: 0085512998214 / EMEL: kuliahdhuha@yahoo.com
Atau wakil kami di Malaysia
USTAZ WAN AHMAD TARMIZI BIN ABDUL AZIZ No tel:019-5101772
*sama-samalah kita menyumbang untuk ummat Islam..