Tuesday, May 5, 2009
Sunday, May 3, 2009
Elakkan Mencetuskan Ketegangan
Elakkan mencetuskan ketegangan di samping marilah sama-sama mencari jalan penyelesaian jangka panjang serta menguntungkan semua pihak! Itu adalah intipati ulasan yang diberikan oleh Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad ketika melayani pertanyaan yang dikemukakan oleh para wartawan yang menghadiri sidang media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dipengerusikannya pada petang tadi. Saudara Yusri juga turut menjelaskan bahawa beberapa pertemuan telah diatur di kalangan wakil-wakil NGO Islam pihak berkuasa yang berkenaan di samping pendekatan-pendekatan yang berbentuk objektif serta ilmiah untuk mencari penyelesaian kepada konflik membabitkan mahkamah sivil dan syariah serta kes-kes berkaitan.
Sidang media tersebut dianjurkan di pejabat Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO yang bernaung dalam PEMBELA seperti JIM, ISMA, Darul Syifa, Al-Hidayah, MUAFAKAT, PEWARIS serta beberapa NGO lain.
"Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) iaitu gabungan wakil-wakil NGO Islam yang prihatin dalam menangani isu-isu berkaitan dengan kedudukan Islam di Malaysia. Mesyuarat pada 16 Julai 2006 telah memutuskan untuk menubuhkan gabungan tersebut sebagai rangkaian gerak kerja bersama organisasi Islam di Malaysia. Senarai gabungan dan maklumat lanjut sila layari laman web rasmi www.myislamnetwork.net".
Monday, April 27, 2009
Tuesday, April 7, 2009
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]
Monday, April 6, 2009
Sampai Dikemuncaknya
Anjuran : Jaringan Pemuafakatan Islam Perak ( Jama'iy)
Tarikh : 06 April 2009
Jam : 9.00 mlm - 11.30 mlm
Tajuk : "UMNO Pembela Melayu- PAS Boneka"
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Kaya, Air Kuning, Taiping
Kerjasama : Angkatan Belia Islam Malaysia (Perak),Jemaah Islah
Malaysia (Perak),Teras Keupayaan Melayu(Teras)
Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP)
Panel Jemputan : Dato' Husam Musa (PAS)
Dato. Dr. Ahmad Zahid Hamidi(BN)
Mah Hang Soon (Panel BN - MCA)
Nga Kor Ming (Panel PR -DAP)

Saturday, April 4, 2009
Dalam konteks ledakan maklumat yang berlaku hari ini, rakyat secara langsung menghadapi kekeliruan yang perlu dirungkai. Kefahaman berkenaan golongan yang berilmu dan golongan yang bermaklumat membuatkan kita sukar mengenal dan sering kali membuat pertimbangan yang salah dalam perkara menuntut ilmu.Kekeliruan akan ilmulah yang mengheret kita untuk membuat keputusan yang tidak betul dan sememangnya mendatangkan impak yang negetif kesannya.Rakyat perlu sedar, golongan berilmu amat berbeza dengan golongan bermaklumat.
Golongan yang berilmu semestinya mempelajari, menguasai dan memahami serta menghayati segala aspek yang membentuk sesuatu ilmu tersebut. Tetapi golongan yang bermaklumat pula hanya mempelajari. Menafikan perkara menguasai,memahami dan menghayati.Rukun ilmu yang membentuk pola kehidupan tidak lengkap tanpa elemen-elemen dasar iaitu PELAJARI,KUASAI,FAHAMI dan HAYATI. Kebijakan 2 golongan ini sememangnya menjelmakan perbezaan amat ketara bukan sahaja dari segi konsep perbahasan ilmu malah dari perbagai sudut dan pandangan umum. Institusi ilmu perlu mengambil langkah yang bersepadu dalam mengembangkan potensi besar dalam melahirkan golongan yang faham ilmu secara keseluruhan. Secara tidak langsung berupaya membina kecemerlangan tamadun umat di alam malayu dan yang terpenting kegemilangan tamadun agama Islam itu sendiri.
Muhammad Ramadan al-Buti dalam bukunya Manhaj al-Hadarah al-Insaniah fi al-Quran mendefinisikan tamadun sebagai tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan demi kebahagian dan kesenangan manusia. Sayyid Qutb pula membahaskan, tamadun ialah segala bentuk kemajuaan yang dihasilkan oleh masyarakat seperti soal pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai dan norma moral Islam. Apa yang menarik diantara perbincangan 2 tokoh besar ini adalah berkenaan soal tamadun yang asasinya ilmu melalui sumber akal,pemikiran dan kerohanian. Begitu juga perbahasan ketamaduan yang didefinisikan oleh Ibn Khaldun dalam mempertingkatkan martabat golongan berilmu dalam membina ketamaduan umat secara umum dan khususnya.
Di Malaysia, tidak dinafikan bahawa ilmu kini berorientasikan sekadar untuk lulus peperiksaan. Penilaian ilmu dari sudut praktikalnya tidak lari dan tidak bukan hanya memotifkan keuntungan duniawi semata-mata.Konsep untuk berilmu bertukar kepada konsep untuk bermaklumat. Tiada lagi semangat berilmu yang hakikatnya perlu diselami sedalam mungkin dalam membina kelangsungan dan pencapaian ketamadunan agama dan bangsa.
Islam memandang ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan, bukan untuk kepentingan duniawi dan bukan untuk 'sekeping kertas'.Rata-rata rakyat Malaysia yang berlabel Muslim menjadikan 'sekeping kertas' lesen mutlak untuk mendapat gaji yang cukup lumayan. Konsep menuntut ilmu perlu jelas dan praktikal sifatnya tanpa berselindung dan diselindungi. Islam amatlah mencela golongan yang menuntut ilmu itu semata-mata untuk kepentingan duniawi yang ianya jelas dinyatakan dalam hadis.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Kebertanggungjawaban si penuntut ilmu perlulah hadami istilah ikhlas dan jujur demi menjadi kelangsungan dan keberkatan ilmu. Oleh itu, tuntutlah ilmu itu semata-mata kerana Allah. Kerana dengan memahami tujuan dan niat menuntut ilmu kerana Allah menjadikan kita hamba yang bersyukur dan taat kepada perintah-Nya. Disinilah bezanya antara orang yang berilmu kerana Allah dan orang yang berilmu mengejar dunia. Habuan org yang mengejar dunia tidak dinamik dan polemik sif atnya. Ibarat membina rumah yang separa siap. Kita lihat hari ini golongan seadanya tidak membantu dalam masyarakat,kurang keberkatan hidup, menghadapi kekalutan dan kebimbingan kerana kedangkalan ilmu yang dimiliki.
Justeru itu, dalam memahami agenda menuntut ilmu secara menyeluruh perlulah ia menjadi visi dan misi umat serta perspektif dan kemestian ilmu perlu menjadi isu vernakular(setempat) yang dilengkapi niat, sifat dan rukun berilmu.Dengan memahami konsep-konsep asas tujuan ilmu dan pendidikan, sedikit sebanyak membangkitkan isu lesu keilmuan yang sering kali menjelma dikalangan rakyat amnya dan pelajar serta mahasiswa khususnya. Perencanaan Ilmu semata-mata kerana Allah SWT, wajar menjadi wahana perjuangan dalam mengerakkan peradaban dan ketamaduan umat Islam dan Bangsa sebagaimana yang berlaku kepada generasi kebangkitan umat-umat terdahulu. Keunggulan membudayakan ilmu kerana Allah tidak perlu dilunturkan dengan janji-janji kemewahan dan kebahagian kelompok duniawi semata tanpa memikirkan percaturan hari kebangkitan.Pengayaan khazanah ilmu dalam memartabatkan Islam mampu menegaskan dasar-dasar kegemilangan ummah dalam momentum kedudukan yang tertinggi apatah lagi jika kelompok itu adalah Islam secara total.
Akhirnya,penulis ingin menegaskan sekali lagi pentingnya ilmu itu jika disandarkan Keikhlasan kepada Allah SWT. Sintesis progresif dan rasionaliti modernis perlu juga berakar dalam ilmu tersebut dalam konteks penyatuan kegemilangan secara fakta objektif dan keluhuran falsafah yang memungkin cantuman landasan etika moral ketamadunan dan keagungan Islam..Insyaallah usaha menyatuan ilmu kerana Allah mempu mengoncang isi dunia dalam mengejar misi akhirat..Sekian
Ramdani b. Abd Karim (Exco Penyelidikan dan Pembangunan ABIM NegeriPerak)
Monday, March 30, 2009
Bertema Pemikir dan Pengaksi, penulis ingin membawa tuan-tuan untuk meneroka beberapa persoalan yang 'kontemporari'. Ironinya, aspirasi suara pejuangan diperlaungkan disegenap umum dan
khusus kini tiba saat dan ketika, penulis cuba menerobos sempadan pemikiran dan aksi Islami. Fenomena 'belakang'an dikupas adalah cuma secubit rasa . Buat rakan-rakan dan pendokong reformasi jihad dan ekspedisi dakwah, ambillah teladan sebagai taulan buat bekalan kalian meneruskan misi dan visi jihad fi sabilillah.
Melihat kepada wacana pemikiran Arab kontemporari isu tafkir(pemikiran) sering kali menjadi takfir(pengkafiran).
Lihat sahaja pada sejarah lampau. Beberapa dekad bila tersebar dan gagalnya era liberal mulailah tersebar isu-isu pengkafiran. Sebuah buku karangan Albert Haorani "Pemikiran Liberal Di Dunia Arab"(PLDA) dengan jelas membangkitan isu-isu pengkafiran. Karya penulisan haorani membahagikan PLDA kepada 3 bahagian. Pertama abad 19 hingga 1920an.Kedua 1920an hingga 1930an.Ketiga 1930an hingga 1940an. Hingga lah berlaku pergolakan politik dunia arab dan tertubuhnya Negara Israel. Kajian dan Penyelidikan Haorani itu membuka mata penulis bahawa virus dan wabak pengkafiran perlu diselidiki dan difahami.
Saudara sekalian, penulis tidak mahu memperpanjang lebar isu tafkir dan takfir. Sedianya penulis, bertujuan memberi dan membahas beberapa isu Pemikir Islam dan pengaksi Islam. Tidak dinafikan Pemikir Islami banyak terpengaruh dan diperngaruhi oleh golongan agama. Juga tidak dinafikan pergerakan dan pendidikan ke arah pemikiran sedemikian juga bercambah-cambah. Jaringan dan kelompok yang menjerumus ke arah Pemikir Islam bergerak subur pada landasannya sendiri. Hingga lahir para pendakwah yang 100% tercetak pada lambang Islam.
Hari ini, graduan yang tamat pengajian institusi agama dari dalam dan luar negara berjumlah ribuan angka. 'Graduanlisme'yang dicop mohor universiti, dinafiri sebagai golongan ahli fikir bukan sebarang nilaian dan telahan. Ilmu, fasih dalam ingatan. Malah berkemampuan menulis dan menghasilkan karya2 agung didasari faham konsep teologinya pula. Pensoalan kini, apakah pendokong-pendokong Islam ini mampu beraksi sebagai pengaksi Islam?Apakah pengaksi Islam hanya terzahir pada coretan dan tintaan buku semata? Juga apakah pengaksi Islami semakin tidak releven pada Pemikir Islam itu dan apa benar ianya hanya tercetak dan teracu di logo-logo pada pendokongnya sahaja?
Umat yang ternilai ribuan nyawa dahagakan pengaksi Islam. Hak dan kebertanggungjawaban itu terpikul pada kita umat-umat islam. Rasailah gaya dan intonasi umat. Faham nadi denyutannya. Pemikir Islam perlu beraksi sebagai pengaksi Islam bukan penemplaknya dan pengkritik negetif. Sebaiknya para pemikir-pemikir Islam perlu tega berdiri membina kewajipan kolektif umat yang sering kita lupai. Jadilah kita pengaksi Islam tulen demi kemakmuran umat sejagat. Titik pertemuan pemikir dan pengaksi Islam perlu diserasikan demi islah(reformasi) mojiriti umat.
Penulis melihat lahirnya graduan universiti yang mentawkili jenama pusat pengajian Islam tidak dimanafaat sebaik mungkin. Golongan elit pendokong dakwah perlu melihat kepada kaedah reformasi,reaktualisasi,amar ma'ruf,nahi mungkar dan mengambil kesemua sebab yang boleh membangunkan umat. Kelompok kepahlawanan pengaksi Islam belum lagi terwujud walaupun hampir berjuta 'graduanlisme' yang kita bangunkan.Penulis merasakan beberapa mesej penting perlu disemak dan wajar diambil perhatian jika kita mahu melihat berlakunya tranformasi haqiqi pada tubuh umat. Pengaksi Islam selayaknya mengatur dan mengusahakan gerakan reformasi dakwah ini. Pemikir perlu membina formula lebih praktikal untuk pengaksi Islam agar kelompok yang memilih peranan dan medan tumpuan ini berjaya memperkasa umat keseluruhannya.
Akhirnya, penulis mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh pemikir dan pengaksi Islam supaya jelas tujuan dan matlamat.Penghayatan mendasar ilmu dan faham Islam secara kolektif diharap menepati kehendak dan manhaj Islah sebenar. Kemaskinilah Tariq Perjuangan dan hilangkan kekeliruan umat..Bersatulah demi Islam yang tercinta
Monday, February 23, 2009
Tuesday, February 10, 2009
Monumen Perjuangan Bangsa Lakari Realiti Tanpa Nama
Kesejagatan perjuangan bangsa(PB), adalah suatu yang abstrak dan subjektif. Monumen PB adalah hasil dari pancaran sebuah realiti tanpa nama. Manusia secara lahiriah mendasari PB itu lebih dari menyempurnakan sifat perjuangan agama; Islam(PAI). Asas PB bukan bersuluhkan iman dan taqwa. Sejarah telah melakari, berpaksikan PB sebenarnya mengukir peta realiti yang hanya mengorbankan monument perjuangan dan peradaban agama.
Sirah perjuangan Rasulullah dan sahabat, mendeklamasikan catatan nyata. PB, mencerminkan perjuangan kepada perbezaan. Lembaran PB seharusnya tidak didendangkan lagi di telinga rakyat.
Mentela’ah relevansi PB, dunia hari ini seolah-olah kaku. Malaysia dalam konteks PB gagal melangkau kejumudan masa,tempat dan materi. Kesatuan ummah tidak fokus praktikal dan menjauhi zaman. Masih realitistikkah PB dimata rakyat?
Kekeliruan antara PB dan PAI harus dihurai satu demi satu. Generasi mendatang perlu jelas dan hadam antara 2 perbezaan ini. Ketajaman pemerhatian dan penganalisisan yang analitis dan sistematik perlu digerak-cerna. Keseriusan menterjemah faham PAI bukan lagi bersifat eksaiklopedik semata. Tradisi PAI perlu menyanggah sehabis mungkin PB. Justeru itu pendokong PAI bukan sahaja perlu menelusi akliah malah wibawa terhadap ketajaman mata zahir perlu juga menepati definisi autoritatif Islam itu sendiri.
Mengambil kira konsistensi berkenaan, amatlah wajar maudhu’ PAI diperlaungkan. PAI bukan sahaja memberi penekanan terhadap prinsip keagamaan malah mendokong persoalan akhlak, pendidikan, dan kerohanian. Keseriusan menghadam PAI secara telus menanam tradisi cinta Islam. Bukan sahaja membentuk fakulti akliah malah menerusi fakulti ruhaniah dalam membina dan mencerna realistic ummat sejagat.
PB lebih dikhuatiri membawa isu-isu palsu(pseudo-problems) dalam pemikiran Islam. Tidak sejagat dan gagal dominasi kemajuan. Kekangan polisi dan posisi PB terzahir pada kemunduran dan dominasi realiti semata.Ruh kesejagatan, dan ide-ide tradisi ternafi dalam konteks peradaban Islam . Ancaman kemunduran dan monopoli dogma ditempah seawal mungkin jika PB menjadi subjek generasi mendatang.Lihat, betapa hancur bangsa tika mana akliah tidak menuhankan Allah swt. Lihat, betapa PB memimpin fikiran dan tradisi pucuk-pucuk muda bangsa melahirkan 1000 kegagalan di mata rakyat..
Bangunlah ummat akhir zaman, jadikan aspirasi PAI arus perdana perubahan. Teruskan dominasi PAI, kekanglah pimpinan PB. Ummah yang penuh dengan pelbagai aliran pemikiran dan pendekatan pembangunan harus menerima PAI dalam konteks nabawi supaya wibawa kesannya dapat dirasa oleh rakyat keseluruhannya. Ayuh generasi muda merdekakan dirimu dari cengkaman perjuangan bangsa. Semoga merakyat PAI dalam solidaritinya tersendiri.Insyaallah...
Thursday, February 5, 2009
Bila mana membicarakan soal rakyat, Legatisme kepimpinan pasca 08Mac2008 masih terasa. Daruri (Akal) rakyat yang mempertahan unsur abstrak perjuangan terus menerus terbina tanpa dapat disempadani masa dan keadaan. Penaklukan tampuk kondisi pimpinan dengan cara tanpa penjelasan (badihah) suara rakyat sebenarnya menjadi peta catatan sejarah yang agak kejam untuk anak cucu akan datang.
Ber'dikir' dengan gelodak politik tanah air, khususnya politik dinegeri Darul Ridzuan rakyat telah matang dengan pelbagai isu yang di a'DUN'dombakan. Nilai taqwa (yattaqun) pasca-modernisme semakin parah dek perebutan kuasa dan ketamakan individu-individu tertentu. Hari ini cacatan sejarah akan merobah langskap PRU13 yang akan datang. Hari ini seluruh dunia akan menyaksikan bagaimana khazanah suara rakyat menjadi perkara no 2. Hari ini juga kerakusan akan terus bermaharajalela berkiblat tuhan nafsu dan nafsi. Kehalusan dan kejernihan akal para sarjana-sarjana Islam tidak menjadi rujukan dan amalan sebagaimana proses-proses yang terdahulu. Inilah bentuk penjajahan tanpa sedar. Matode yang digunakan seolah-olah hampir serupa sebagaimana matode yang diperjelaskan tentang kejatuhan kerajaan-kerajaan yang terdahulu.Tanggungjawab mengulangi tamadun kehancuran kini sudah pasti terpikul dibahu mereka yang punyai kerakusan dan ketamakan 'label' pak menteri.
Apakah tidak kita tidak terfikir?
Menjustifikasikan gelora politik di Perak, adalah sesuatu yang amat unik. Parti yang 'memerintah' dan 'bakal' memerintah, memaksa rakyat untuk terus memperhalusi keadaan. Jika PRU12 memperlihatkan momentum pilihan rakyat, kali ini momentum berkenaan tidak berperanan pada ruangnya tersendiri. Penerapan logik akal bukan retorik. Sejarah pemikiran rakyat bukan lagi bersifat formal. Pemikiran rakyat kini lebih bersistematik.
Bukan lagi bersifat khazanah semata-mata.
Walaupun kritikan-kritikan hebat diperlaungkan, namun rakyat lebih bijak dari rakyat-rakyat retua. Rakyat tidak perlu dipandaikan dengan agenda-agenda angka. Rakyat tidak perlu dibijakkan dengan kaedah intrumental ceritera ciptaan tokoh-tokoh yang meragukan. Kerangka pemikiran 100% telah berubah.Teori definisi terfitrah pada dasar-dasar kecerdikan,bukan momokan berita dan agenda semata. Mendasari kemahuan, kebijakan rakyat negeri Perak seakan tersekat. Mereka yang mendokong aliran perubahan meronta untuk terus bebas dari ikatan ugutan dan ketidak telusan.
Apakah tidak kita terfikir akan kebenaran ini?Mana hilangnya nilai maruah dan solidariti pak menteri yang akan bersumpah setia nanti?Wahai, pendokong perubahan!! Tetapkanlah hati kamu akan kebenaran. Jangan kita tangisi kehilangan duniawi semata. Ingatanlah, prasyarat untuk kejayaan adalah menempuh kekalahan. Justeru itu bangkit dan terus bangkit menyatakan sokongan. Bangkit dan terus bangkit!!..
Kekalahan yang sementara ini ada hikmah yang perlu difahami. Lantera itu, amatlah tidak mudah untuk melestari perubahan tanpa adanya kekalahan. Hari ini kekalahan kita, hanya dinilai dengan penglihatan. Tetapi moralitinya, kita tewas sebagai golongan yang bermaruah. Berpaut teguhlah pada sauh kebenaran dan keadilan demi kelangsungan harmoni dalam kehidupan bersama (peaceful co-existence).
Kebangkitan kritis suara keramat rakyat akan menjelma suatu hari nanti. Golongan perompak kebenaran akan tersungkur menyembam bumi. Ingatlah insan, apa yang perlu difikirkan adalah perjuangan. Cengkaman dalam kondisi yang menyekat boleh kita uraikan dengan adanya kebersamaan. Pembaharuan gerakkan perlu direncana agar medan Islami berbunga kembali.
Wahai Kelompok Kebenaran!!
Jangan kita tangisi dugaan Tuhan..Jangan kita terus menuhankan nafsu dan akal. Lihat kehadapan!!Bina Kesatuan!!Kukuhkan Pakatan!!Anggaplah ini sebagai ujian yang sekelumit cuma. Intilah adalah sedikit kesensaraan yang pedihnya hanya seketika.
Wahai umat yang dahagakan kebenaran!!
Bersabarlah dengan ujian Allah SWT. Allahhuakbar...Allahhuakbar.
Wednesday, February 4, 2009
Saturday, January 31, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Terkini dari Palestine
January 28, 2009
Parents hope UNRWA psycho-social support will help kids "grow for a better future for their country"
Tuesday, January 27, 2009
Bikot Israel.
Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran
Sidang Ilmiah : | Memahami keistimewaan dan Tujuan al-Quran |
Allah telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik rasul. Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya. Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.” (al-Hajr, ayat 9) Kedua ialah al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa’ al-Rasyidin. Ketiga,al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar.” (al-Baqarah, ayat 23-24) Keempat, al-Quran merupakan kitab yang mudah difahami dan jelas maksudnya. Ia bukan kitab falsafah yang mengandungi teori-teori yang memeningkan. Ahli falsafah menyebutkan bahawa falsafah itu apabila diterangkan dan tidak difahami itulah dinamakan falsafah. Al-Quran diturunkan kepada manusia untuk difahami dan sasaran adalah untuk manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “ dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran.” (al-Qamar, ayat 17) Kelima, al-Quran merupakan kitab agama secara keseluruhannya yang mengandung aspek akidah, ibadah, akhlak dan perundangan. Sesiapa yang ingin memahami akidah yang betul dan suci, maka hendaklah ia menggali dari al-Quran. Al-Quran memberi dalil-dalil yang jelas tentang keesaan Allah. Firman Allah yang bermaksud : “ Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah kedua-duanya telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai Arash daripada apa yang mereka sifatkan.” ( al-Anbiya’, ayat 22) Begitu juga al-Quran mengandungi syariat dan peraturan untuk kehidupan manusia. Syariat ini meliputi aspek individu, keluarga, masyarakat, ekonomi, politik dan hubungan antarabangsa. Di samping itu, al-Quran menegaskan pembinaan akhlak melalui penghayatan sifat sabar, gigih berusaha, tekun, bertawakkal dan reda dengan ketentuan ilahi. Keenam, al-Quran merupakan kitab sepanjang zaman, bukan kitab untuk zaman tertentu atau untuk generasi tertentu. Ini bermakna bahawa al-Quran merupakan kitab yang kekal abadi hingga hari Qiamat. Oleh itu, tidak harus kaum muslimin mengatakan bahawa al-Quran itu sesuai untuk zaman nabi sahaja atau zaman para sahabat dan tidak sesuai lagi pada zaman moden ini. Ketujuh, al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan. Oleh sebab itu, Allah menjadikan al-Quran sebagai kitab petunjuk kepada manusia dan alam. Firman Allah yang bermaksud : “ Pada bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara hak dan batil).” (al-Baqarah, ayat 185) Inilah tujuh perkara ciri-ciri keistimewaan al-Quran yang membezakan kitab-kitab yang lain. Al-Quran diturunkan untuk umat Islam mengimani dengan penuh keyakinan akan kebenarannya. Allah menyebutkan bahawa sifat mukmin sejati adalah mereka yang tidak sama sekali ragu tentang kandungan al-Quran. Nabi Muhammad apabila tiba bulan Ramadhan baginda akan bertadarus bersama Jibrail dan rumah yang sentiasa diterangi dengan bacaan al-Quran akan dilimpahi rahmat dan berkat. Penurunan al-Quran merupakan nikmat yang terbesar dikurniakan Allah kepada umat Islam. Oleh itu, kita harus bersyukur dengan membuktikannya melalui taat segala perintah al-Quran dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya dan menjadikan kita sebagai ahli al-Quran., bukan sahaja dalam bulan Ramadhan tetapi juga dalam bulan-bulan yang lain. Memahami Tujuan-Tujuan al-Quran Al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada nabi s.a.w. yang ditulis di dalam mushaf yang dipindah dengan tawatur dan menjadi ibadat membacanya. Penurunan Al-Quran mengandungi tujuan-tujuan (maqasid al-Quran) yang tertentu. Pertama, tujuan al-Quran ialah membetulkan akidah, mensabitkan ketuhanan Allah yang Maha Esa, tugas nabi-nabi dan penyataan kewujudan hari akhirat. Al-Quran mengambarkan bahawa syirik merupakan satu perbuatan dosa yang besar dan tidak diampuni oleh Allah. Kesemua para nabi menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan sesunguhnya kami telah mengutus rasul pada setiap umat yang menyeru ; “sembahlah Allah saja dan menjauhi Thaghut itu.” (al-Nahl, ayat 36) Di samping itu, al-Quran menjelaskan keperluan manusia kepada nabi-nabi dan risalahnya, menerangkan tugas para nabi dan menolak dakwaan dan tanggapan yang salah mengenai nabi. Al-Quran juga menjelaskan kewujudan hari akhirat itu benar dan pasti setiap manusia akan menghadapinya. Kedua, tujuan al-Quran ialah pengisytiharan terhadap kemuliaan manusia dan hak-haknya. Al-Quran menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang mulia yang dijadikan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian. Oleh sebab itu, al-Quran melarang sebahagian golongan pelampau yang mengharamkan perkara-perkara baik dan perhiasan seperti yang diungkapkan oleh Allah dalam surah al-Araaf, ayat 32. Al-Quran juga memperakui hak-hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara, berfikir, beriktikad, tempat tinggal dan mencari reziki. Ketiga, tujuan al-Quran ialah memberitahu bahawa manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah. Allah yang menciptakan manusia, memberi reziki, mengurniakan pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung. Oleh itu, menjadi hak Allah untuk manusia bersyukur dan bertakwa kepadanya. Orang yang bertakwa akan mendapat keberkatan, reziki yang murah, terpelihara dari gangguan musuh, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah dan berjaya dari azab akhirat. Keempat, tujuan al-Quran adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan. Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan. Firman Allah yang bermaksud : “ Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (al-Syams, ayat 7-10) Kelima, tujuan al-Quran ialah membina keluarga yang soleh yang menjadi teras kepada kekuatan umat. Al-Quran menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan itu dapat melahirkan ketenangan, kebahagiaan dan rahmat. Al-Quran memerangi golongan yang menghalalkan homoseksual dan lesbian kerana ia melanggari fitrah manusia. Di samping itu, Islam juga memerangi golongan yang mengharamkan perkahwinan atas alasan bahawa perkahwinan adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan. Al-Quran juga memberi kedudukan yang mulia kepada wanita dengan mengangkat martabat mereka menyamai kaum lelaki dari segi amalan dan ganjaran pahala. Keenam, tujuan al-Quran adalah untuk membina umat yang mempunyai kemuliaan dan menjadi saksi atas umat yang lain. Umat yang mengasaskan kehidupannya berteraskan kepada akidah, syariat dan akhlak Islam sekaligus membawa rahmat kepada manusia sejagat. Firman Allah yang bermaksud : “Dan tidak kami utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk membawa rahmat bagi seluruh alam.” (al-Anbiya’, ayat 107) Antara keistimewaan umat Islam ialah ia adalah umat rabbani iaitu umat yang hidup kerana mencari keredhaan Allah, beribadat kerana Allah dan menjalankan manhaj Allah di atas muka bumi ini. Di samping itu, ia juga adalah umat sederhana dan seimbang, umat yang sentiasa berdakwah ke arah kebaikan dan umat yang sukakan kesatuan dan bersatu padu. Inilah empat ciri umat Islam berbanding dengan umat yang lain. Ketujuh, al-Quran menyeru kepada aspek keinsanan yang tolong menolong antara sesama manusia. Umat Islam bukan umat yang menyendiri tanpa menghiraukan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu, Islam menghormati kebebasan beragama dan perbezaan pendapat.Umat Islam berperanan untuk menyeru manusia ke arah hidayah Allah, keimanan, kemakmuran dan kebahagiaan yang hakiki. Dengan sebab demikian, Allah memuji umat ini kerana mereka menjalankan amar makruf wan nahi annil mungkar. Inilah tujuh perkara antara yang digariskan oleh para ulamak sebagai tujuan al-Quran diturunkan kepada manusia. |











