Saturday, December 6, 2008

Ucapan Ta'ziah Tragedi Bukit Antarabangsa.

Ucapan Ta'ziah daripada Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Perak Tengah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini.
Berharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian Allah swt.



Demi Kebenaran dan Keadilan

.............................................................
Ramdani Abd Karim
S.Usaha ABIM Prk Tgh
EXCO ABIM Ngr. Prk.

Bukit AntarabangsaDec 6, 08 8:13am

3 terbunuh, tanah runtuh di Bukit AntarabangsaDec 6, 08 8:13am
Tiga orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini, termasuk seorang ibu dan anaknya.Manakala lapan orang lagi dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang berada di tempat kejadian berkata 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibuSementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ."Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.
Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.Thajudeen tidur di rumah ibuSementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.
Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ."Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Kajian Akal dan Kedudukannya Dalam Islam...Siri 1

Akal dan Kedudukkannya Dalam Islam : Antara Kepentingan dan Keutamaan

Dalam membicarakan karya-karya Tradisional Islam,Al-Alq(Akal) diutarakan sebagai satu unsur terpenting dalam diri manusia.Malah unsur pentakrif yang membezakan manusia dari makhluk-makhluknya yang lain.Namun terdapat sesetengah menilainya dari sudut yang negetif terutama yang berkecenderungan untuk mempertengtangkan akal dengan agama.

Bagi mereka penggunaan akal bagi memahami sesuatu adalah pendekatan dan kecenderungan
yang merosakkan kerana ia akan membawa manusia jauh dari agama.Akal ditafsirkan sebagai rendah martabatnya dalam membuat sesuatu penilaian.Lebih jauh, sesetengahnya berpendapat bahawa ia merupakan 'alat' yang menyesatkan.Lantaran itu, ilmu-ilmu yang berkaitan agama yang asasnya akal seperti Ilmu Mantik, Falsalah dan Kalam ditegah untuk mempelajarinya.Mereka menyatakan ilmu-ilmu ini terpengaruh dengan faham-faham akliah(pengAkalan) yang tidak berdasarkan Wahyu. Justeru, Taksiran Al-Quran yangdikatakan berdasarkan akal seperti tafsir Mafatih al-Ghayb oleh Imam Fakhr al-Din al-Razi dan al-Kashshaf karangan al-Zamakhshari diragui kandungannya hanya kerana kecenderungan pengarangnya untuk memberi analisi-analisi akliah mengenai beberapa perkara dalam pentafsiran ayat-ayat suci.

Bagi meneliti pensoalan secara terperinci,penulis berusaa untuk merungkai kefahaman mengenai akal bersandarkan panduan wahyu di samping melihat tafsiran serta pandangan para sarjana Islam mengenai kedudukan akal..

Nantikan Kajian Akal dan Kedudukannya Dalam Islam...Siri 2

40 nasihat Saiyidina Ali

"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda

2.Menyokong kesalahan adalah menindaskebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil

8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
1.mereka yang mengenal Allah
2.mereka yang mencari kebenaran
3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampauibatas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar

34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka,
kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi."
"Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali .a sebagaimana yang terdapatdi dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen .a.


1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda


2.Menyokong kesalahan adalah menindaskebenaran


3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging


4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin


5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu


6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah


7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil


8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan


9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu


10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang


11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam


12.Mengajar adalah belajar


13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin


14.Insan terbahagi kepada 3 :

1.mereka yang mengenal Allah 2.mereka yang mencari kebenaran 3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing 15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah 16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah 17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain 18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya 19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati 20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran,nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu. 21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampauibatas 22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya 23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta 24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya 25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya 26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat 27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran 28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba 29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa 30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan 31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan 32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat 33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar 34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan 35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah 36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya 37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2 38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan 39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya 40.Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi."
 

Designed by Simply Fabulous Blogger Templates